Namun pada tahun 1927 seorang lagi saintis bernama Shope membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain-lain kuman bakteria. Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman staphylococcus muscae, escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong kajian-kajian seterusnya.
Pada tahun 1934, M.A.Stewart, mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya.
Seorang lagi pengkaji S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti staphylococcus aureus, baemolytic streptococci dan clostridium welchii. Pada tahun yang sama, W.Robinson dalam kajiannya mendapati larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Semua penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insert Immunology karangan Edward Steinhaus.
Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya. Pada tahun 1947, Ernestein, seorang inggeris juga turut menyelidik lalat. Hasil penyelidikannya, Ernestein menemui sejenis mikroorganisma fitriat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali. Beliau menyimpulkan bahawa fitriat pada lalat dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Seterusnya pada tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para peneliti lain iaitu Profesor Kock, Famer (inggeris), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma tersebut.
Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat hujung kakinya sahaja dan bukan pada seluruh badannya. Mereka juga menyatakan mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair, caranya, merendam lalat tersebut di dalam air.
Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." (Hadis riwayat al-Bukhari). Ternyata apa yang disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a.w adalah benar. Sekarang, apa akan anda lakukan apabila seekor lalat yang diketahui kotor, menghurung najis, tiba-tiba terjatuh ke dalam cawan minuman anda. Adakah anda membuang minuman itu atau meminumnya selepas membaca cerita ini?.
shatmashuri
{ 21 ulasan... read them below or add one }
lalat apa itu gan http://plazaunic.blogspot.com
24 October 2012 at 21:50
ada juga dengar camni, tapi ingat2 lupa caranya apabila nak buang lalat dari minuman... terima kasih share
25 October 2012 at 01:56
nice entry :D
btw saya follow sini #1026
jemputlah ke blog saya :D klau rajin follow lah skali :))
http://hatorubisco.blogspot.com/
25 October 2012 at 11:41
kalau saya, saya buang terus air tu.
mylittlestory.blogspot.com
25 October 2012 at 13:48
ouh... baru tahu... nice sharing... hehe
26 October 2012 at 00:27
thaks for the info bro ! :)
sanggup ke nak minum air yg tercelup lalat a.k.a. berperisa lalat tuh ! haha (guraw)
btw,, first time dtg sini... best !
26 October 2012 at 11:20
wah baru tahu lalat tuh takdelah membawa penyakit pon :D
26 October 2012 at 14:08
btol3.. pernah belajar kat sekolah.. zizie kalau nampak ada lalat dalam air, zizie rendam dia dulu, baru buang.. geli tu geli.. tp, bila ingatkan hadis tu, reda jela.. :)
26 October 2012 at 14:35
nice post.
thanks for sharing :)
www.storymoryiqin.blogspot.com
28 October 2012 at 00:41
Oh barrruuuu tahu . Nice information :D Thanks
28 October 2012 at 19:48
pernah dengar pasal rendamkan lalat yg jatuh dalam air tu tp tak pernah igt untuk apply. asal ada lalat jatuh aja terus buang air tu,,haha
28 October 2012 at 20:27
info yg brguna ,nice entri ! heheh
29 October 2012 at 01:34
lalat oh lalat... ridsect satu kaliiii...
:)
29 October 2012 at 07:08
Perkongsian yang baik
30 October 2012 at 08:16
nice info =)
http://noraqilahjohari.blogspot.com/
30 October 2012 at 12:30
Serius baru tahu info nie.. ialah apa yang dijadikan oleh Allah ada kelemahan dan ada kelebihannya.. :) tak terkecuali juga sang lalat nie. Nice entry dear.. tambah ilmu ha.
*Aida singgah dari group fb Kami Si Blogger :)
30 October 2012 at 15:29
oh , thank you for share it :)
1 November 2012 at 17:47
setiap maakhluk ada kelebihan..nice sharing
http://jeritpekik.blogspot.com/
26 November 2012 at 22:41
alaa..telah je..hehee
p/s : kalau nak lagi ramai senang komen entri2 awak, sya syorkan awak buang verificatin code utk komen dalam blog awak ni ..hehe
4 May 2013 at 17:39
MMORPG OYUNLAR
Instagram takipçi satin al
Tiktok jeton hilesi
Tiktok Jeton Hilesi
Sac Ekim Antalya
takipci
İnstagram Takipçi Satın Al
instagram takipçi satın al
29 April 2022 at 09:30
smm panel
Smm Panel
iş ilanları
İnstagram Takipçi Satın Al
hirdavatci burada
beyazesyateknikservisi.com.tr
SERVİS
tiktok jeton hilesi
31 May 2022 at 09:06
Post a Comment