Misteri yang tidak terungkai : SEGITIGA BERMUDA

on Saturday 25 February 2012

Segitiga bermuda yang juga dikenali sebagai segitiga syaitan (devil) merupakan kawasan di barat laut lautan Atlantik yang menjadi lokasi kehilangan beribu-ribu kapal terbang serta kapal laut dalam keadaan yang dikatakan melangkaui faktor kesilapan manusia dan juga malapetaka semulajadi. Sesetengah kehilangan tersebut dikaitkan dengan paranormal, hukum fizik dan juga makhluk asing. 

Lokasi sebenar segitiga bermuda yang penuh dengan misteri

Laluan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang tersibuk di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Eropah dan Kepulauan Caribbean. Selain itu, ia juga laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian dan juga perdagangan yang menghala ke arah Florida dan Amerika Selatan. 

Sejarah merekodkan, Christopher Columbus adalah  orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam segitiga bermuda. Christopher Columbus merekodkan dia dan anak kapalnya melihat cahaya pelik menari-nari di kaki langit di dalam buku lognya yang bertarikh 11 oktober 1492. Penyelidik moden telah menyelidik buku log asal tersebut dan  telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihat adalah api memasak orang asli Taino.

Rencana pertama mengenai segitiga ditulis oleh E.V.W Jones pada 16 september 1950 melalui Associated Press, dua tahun kemudiannya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "sea msytery at our back door" oleh George X.

Gambaran mengenai segitiga bermuda

Sebenarnya banyak kejadian misteri yang dikaitkan dengan segitiga bermuda, Tetapi cukuplah dengan 5 cerita paling popular yang dikaitkan dengan segitiga bermuda :-

Flight 19
Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 disember 1945 di atas perairan Atlantis. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini telah dilakukan pada hari yang tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalamn Lt. Charles Carrol Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui".

Mary Celeste
Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan segitiga bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun bagi menjelaskan misteri kapal tersebut termasuk wasap alkohol dan juga penipuan insurans. Kemungkinan dikelirukan oleh sebuah lagi kapal yang karam dengan nama yang serupa di persisiran segitiga bermuda.

USS Clclops
Kemalangn ini menyebabkan kehilangan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila Uss Clclops di bawah arahan Lieutenant Commander G.W Worley hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918 selepas belayar dari pulau Berbados.

Spray
Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikai lagi. Dia merupakan orang pertama belayar mengelilingi dunia seorang diri. Pada 1909, kapal layar Spray telah mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela, tetapi, dia lenyap. Tiada bukti langsung dia pernah berada di segitiga bermuda. Pada 1924, dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. 

Douglas DC-3
Pada 28 disember 1948, sebuah pesawat Douglas DC-3 bernombor NC 16002 telah hilang semasa penerbangan dari San Juan, Puerto Rico ke Miami. Tiada kesan pesawat atau 23 penumpang di atas kapal pernah dijumpai. 

pesawat-pesawat yang pernah hilang di segitiga bermuda

p/s.. kita sebagai orang islam perlu sentiasa percaya bahawa setiap yang berlaku adalah kehendak Allah dan setiap yang berlaku pasti ada penjelasannya.

                                                                        shat_mashuri
 



Ranking: 5

{ 8 ulasan... read them below or add one }

Mishter Izwän said...

korang pernah tak ?

http://speechless009.blogspot.com/2012/02/dating-tiga-segi.html


26 February 2012 at 03:19
o.O said...

da lama x baca citer sal 3 segi bermuda.. thx untuk cerita tu.. sbb 3 segi bmuda tu misteri, jadi rs sronok nak taw.. =)


26 February 2012 at 07:42
Inas Syuhaidah said...

selalu baca . amat peliks


26 February 2012 at 14:22
Anonymous said...

lama x dgr citer pasal bermuda triangle ni..
zaman2 skola dulu prnah ah..

still..remain as mystery..huhu


26 February 2012 at 23:04
monologmalamhari said...

dulu pnah juga dgr citer nie .. tapi kesahihan die tak tau ..


26 February 2012 at 23:25
belog lang said...

lama x dgr cerita tntg segi3 bermuda..menarik entry nie..bertambah lagi maklumat yg sedia ada :)


26 February 2012 at 23:57
Shikin Jamburi said...

First thing for thinking about this Bermuda Triangle is "Magnetic".. Hahahah! Nice entry.. But the conclusion? Xdapat jawapan lagi sampai sekarang what is Bermuda triangle.. But so sure, I'll blog it in other time.. Bookmarked! :)

Hit my entry and like my page too.. :)


27 February 2012 at 15:50
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sebenarnye masih xpaham lagi pasal segitiga bermuda ni... sampai sekarang lagi saintis2 hebat dunia xdpt rungkai misteri ni kn


28 February 2012 at 11:56

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO