Berita yang mustahil.. tetapi berlaku..

on Sunday 4 March 2012

Kadang-kadang sesuatu berita itu dianggap mustahil boleh berlaku. Apatah lagi jika semua orang  menjangkakan ia akan berlaku disebaliknya. Contoh paling tepat adalah peristiwa karamnya kapal Titanic, apabila tersebarnya berita Titanic tenggelam dengan segera akhbar-akhbar melaporkan seolah-olah tiada malapetaka buruk yang akan berlaku kepada kapal yang membawa 2,300 penumpang itu. The Daily Mirror misalnya dengan yakin melaporkan "semua penumpang selamat" dan Daily Mail pula " tiada sesiapa yang hilang.. Tetapi???..


Dibawah ini dipaparkan 5 tajuk berita yang dianggap mustahil tetapi akhirnya benar-benar berlaku :- 



1912 : Laporan New York Times " Titanic karam setelah 4 jam melaggar bongkah ais" akhirnya menjadi sejarah apabila tragedi yang dilaporkan itu menjadi berita paling menggemparkan dunia sehingga ke hari ini. Laporan itu menunjukkan bahawa wartawan yang melaporkan berita mestilah sedar hakikat bahawa sesuatu kejadian yang dianggap mustahil merupakan berita bernilai tinggi yang ingin diketahui pembaca. Berita susulan pada hari-hari berikutnya menunjukkan Titanic karam ketika bergerak pada kelajuan 22 knot dalam pelayaran sulung dari Southampton ke New York.


2 Mei 1945 : The News Chronicle ( sekarang Daily Mail ) menerbitkan tajuk paling berani yang mendakwa "Hitler Maut" di muka hadapannya. Semasa perang dunia ke-2 Hitler dianggap seperior dan ramai yang tidak yakin dengan berita yang dilaporkan The News Chronicle. Bagaimanapun, keberanian The News Chronicle berbaloi kerana walaupun Hitler sebenarnya tidak terbunuh dalam serangan udara itu tetapi berita Hitler maut itu kemudiannya benar-benar menjadi kenyataan. Seluruh dunia dikejutkan dengan kematian Hitler bukan di bom tentera bersekutu tetapi membunuh diri di sebuah bilik bawah tanah di Chancery Berlin bersama kekasih Eva Braun yang memjadi perempuan simpanannya pada 30 April 1945.


8 Mei 1945 : Daily Mail menyiarkan tajuk utamanya "perang dunia ke-2 telah berakhir" . Tajuk berita itu menjadi petanda berakhirnya perang dunia ke-2 yang membawa kekalahan teruk pihak Nazi dan Jerman. Selepas itu dunia berusaha mengelakkan dari berlakunya perang dunia ke-3. Malangnya Amerika bertindak sendirian kononnya menjadi polis dunia cuba mengajar negara-negara yang cuba menentangnya.


22 November 1963 : Chicago Tribune telah melaporkan berita paling menggemparkan dunia " Kennedy Ditembak " . Presiden ke-35 Amerika Syarikat John F. Kennedy ditembak mati di Dallas, Texas. Lita tahun kemudiannya, saudaranya, Robert Kennedy ditembak mati di Hotel Los Angeles.



4 April 1968 : Antara berita paling menggemparkan dunia pernah dilaporkan Daily News ialah mengenai pembunuhan Mrtin Luther King Jr, 39. Tokoh kontroversi ini yang memiliki Ph.D dalam bidang teknologi dari Universiti Boston1955 dan pemenang anugerah Nobel Keamanan 1963 rancak menjalankan kempen menentang Perang Vietnam tajaan Amerika. Akibat tidak disenangi, tokoh kulit hitam yang hebat berpidato itu ditembak mati di lobi Lorraine Motel, Memphis, Tennesse. Pidato beliau yang sangat terkenal bertajuk "saya memiliki sebuah impian.." disampaikan di Washington D.C pada 28 ogos 1963 menyebabkan nama Martin Luther King semakin terkenal. Pembunuhan beliau menyebabkan banyak rusuhan meletus di beberapa buah bandar raya seluruh Amerika Syarikat.

Mampukah anda meramalkan berita paling menggemparkan dunia selepas ini?...... shat mashuri :-) 
Ranking: 5

{ 10 ulasan... read them below or add one }

monologmalamhari said...

wahhh .. dasyatnye ..


4 March 2012 at 07:47
Unknown said...

tak mampu aku meramalkan berita akan dtg...semuanya hanya DIA saja yg tahu....


4 March 2012 at 11:40
Akemal said...

info yang menarik.!


4 March 2012 at 16:10
Mira Kagimoto said...

when i read about titanic, i felt so scared.donno why ~


4 March 2012 at 16:54
Dkna Abza said...

yang tak terlintas difikiran kita tu yang mustahil tak akan berlaku kan..kiamat pasti tiba satu hari nanti... Allahuakbar..


5 March 2012 at 00:31
Amirah Zulhijjah said...

nice entry..eh..terfollow sini..hehe


6 March 2012 at 22:00
Fakhruddin said...

wuih...dahsyat..
walaupun menafikan..tetap akan berlaku juga..


8 March 2012 at 19:41

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO