Cerita tentang "MENUNAIKAN HAJI"...

on Tuesday 17 September 2013

Dengan bantuan salah seorang kakitangan kaunter yang peramah di sebuah cawangan Tabung Haji (TH), saya mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah Haji beberapa bulan yang lalu. 

Sangkaan saya untuk menunaikan haji mungkin mengambil masa antara 10 hingga 20 tahun ternyata meleset. Ketika petugas TH itu menghulurkan Slip pendaftaran haji, tertulis di slip itu saya perlu menunggu selama 40 tahun sebelum dapat menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Perkara ini adalah realiti yang perlu diterima oleh semua pihak kerana jumlah yang mendaftar menunaikan haji dalam senarai menunggu mencecah angka sejuta. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat segelintir ibu bapa yang bersikap proaktif dengan mendaftarkan anak-anak mereka sejak kecil sejurus selepas membuka akaun simpanan TH agar mereka tidak menunggu terlalu lama untuk menunaikan haji.


Rakyat Malaysia bertuah kerana kita mempunyai sebuah institusi yang ditubuhkan khusus hanya  untuk mengendalikan operasi jemaah haji. Selepas separuh abad beroperasi , TH terus utuh dalam menabur khidmatnya bagi memastikan kelancaran urusan bakal jemaah yang sentiasa kian bertambah.

Janganlah kita lupa bahawa pada pandangan masyarakat dunia Islam, TH adalah satu jenama Malaysia yang gah apatah lagi sering dijadikan tanda aras dalam urusan operasi haji. 

Kepada rakyat Malaysia, gunakanlah kesempatan yang telah ada di negara kita  ini untuk merancang dan menyimpan agar kita dapat menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Diharap, janganlah ada diantara kita mengungkapkan "Haji hanya wajib pada yang mampu" kerana jika kita merancang menyimpan  dengan betul walaupun sedikit, Insyaallah Allah akan membantu meringankan dan memudah kita untuk mencapai matlamat menunaikan haji di Makkah.

shatmashuri.....



Tag : ,

Cerita tentang PELUANG YANG DATANG...

on Sunday 19 May 2013



Tanpa disedari, peluang selalu saja datang dalam hidup kita. Ia mengetuk pintu kehidupan kita, tetapi terpulang sama ada kita dengar atau tidak, terjaga atau sedang tidur lena.
Tag : , ,

PRU 13 : kitakah yang menang atau???

on Friday 10 May 2013


Ketika ini keputusan PRU 13 telahpun diketahui. Tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah, cuba lagi.


Analisa awal yang dapat dikatakan adalah, sesiapapun yang menang, tidak banyak manfaat untuk
Tag :

Cerita tentang lelaki..... diam apabila???

on Monday 31 December 2012

Bagi yang sedang bercinta atau baru berumahtangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri :-


DILANDA MASALAH
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaiannya, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.

BERBICARA SOAL PERKAHWINAN
Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikir sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.

PUTUS CINTA
Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya di dustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.

BALIK RUMAH MERTUA
Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini baik nasihatkan dia  sedikit agar tidak dianggap "kera sumbang"

TERJUMPA BEKAS KEKASIH
Apabila dia sedang berjalan dengan isteri atau kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Tiba-tiba lidahnya kelu untuk berbicara, mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita jangan mudah melenting.

APABILA RAHSIA TERBONGKAR
Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak-dalih, cuma mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentlement, dia lebih  banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah dijelaskan keadaan yang sebenar.

Jadi... pasangan anda bagaimana?....         Shatmashuri
Tag : ,

Pemburu harta... betulkah cara kita

on Wednesday 28 November 2012

Setiap manusia bercita-cita untuk menjadi jutawan. Tiada seorang pun yang ingin hidup miskin kerana realiti kehidupan di dunia sekarang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Setiap detik, dunia menjadi sibuk dengan penghuninya yang terlalu bersungguh-sungguh mencari rezeki, bukan sekadar untuk mencari keperluan hidup tetapi menjadi pemburu harta dan menghimpunkannya sebanyak mungkin walau dengan apa cara sekalipun.

Manusia dan harta seperti gula dan semut. Oleh itu, setiap kali ada berita tentang peluang-peluang baru untuk mendapatkan harta, seperti terjumpanya emas di dalam perut bumi, maka manusia akan  berduyun-duyun datang. Mereka mengorek tanah siang dan malam untuk mengeluarkan emas, sehingga kadangkala mereka tertimbus di dalam terowong yang mereka gali sendiri.




Suatu hari Rasullullah S.AW telah dikunjungi oleh malaikat Jibril, membawa tawaran dari Allah S.W.T untuk menukarkan semua bukit-bukit batu di sekitar Mekah menjadi bukit emas. Rasullullah S.A.W ketika mendengar tawaran itu menjelaskan sikapnya kepada Malaikat Jibril itu melalui doanya yang bermaksud : 

"Tidak wahai Tuhanku! sesungguhnya aku lebih suka dalam hidupku berkeadaan lapar sehari dan kenyang sehari, kerana ketika waktu lapar dapatlah aku "bertadharruk" (merintih,merayu) terhadap Mu ya Tuhanku, dan apabila aku dalam keadaan kenyang maka dapatlah aku memuji Mu dan mensyukuri nikmat Mu ya Allah.

Cuba kita bayangkan tawaran seperti itu diberikan kepada manusia yang sedang menjadi pemburu harta dunia seperti manusia hari ini. Sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa dia sedang berhadapan dengan harta karun yang datang tepat pada masanya. Namun tidak bagi Rasullullah S.A.W, Baginda meredhai kehidupan yang dilaluinya ketika itu, iaitu lapar sehari dan kenyang sehari. Lapar bukan semata-mata kerana Baginda berpuasa, tetapi sememangnya realiti kehidupan Rasullullah S.A.W dan para isterinya kerap kali mengalami keadaan seperti itu, iaitu ketika dapur isteri-isteri Baginda tidak berasap disebabkan tidak ada bahan makanan yang hendak dimasak pada hari itu.

Mengapa Rasullullah S.A.W merasa gembira dengan keadaan hidup yang sehari berlapar dan sehari kenyang?... 

Lapar bagi orang mukmin boleh meningkatkan harapan yang terlalu tinggi kepada Allah S.W.T, menjadikan dia lebih hampir kepada Allah, Kemudian apabila hatinya merintih dan memohon limpah dan rezeki dari Allah membuatkan dia menanti pula bilakah datangnya kurnia Allah itu yang secara tak langsung menjadikan dia tidak pernah alpa walau sejenak dari mengingati Allah.




Demikianlah Rasullullah S.A.W memperlihatkan sifat zuhud dan Qanaah dalam kehidupan hariannya, yang diikuti oleh para sahabatnya. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak terdaya melalui kehidupan zuhud seperti yang dicontohkan oleh Baginda itu, mereka harus tahu menyesuaikan dengan tahap keimanan diri masing-masing kerana Rasullullah S.A.W pernah mengingatkan umatnya bahaya :

"kefakiran itu hampir menjerumuskan seseorang ke lembah kekufuran."

Keimanan yang lemah boleh menyebabkan manusia melakukan bermacam-macam perkara yang haram tambahan pula apabila diancam kelaparan, oleh itu adalah wajar bagi manusia untuk memiliki harta lebih-lebih lagi jika harta itu boleh membantu mempertahankan keimanan masing-masing. Cuma yang harus diingat, janganlah jadi pemburu harta, kerana harta tidak akan pernah cukup.

                                                                  shatmashuri

Tag : ,

Cerita tentang lalat...

on Wednesday 24 October 2012

Pada tahun 1871, Prof J. Leidy, seorang pakar bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat pembawa pelbagai kuman penyakit kepada manusia.

Namun pada tahun 1927 seorang lagi saintis bernama Shope membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain-lain kuman bakteria. Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman staphylococcus muscae, escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong kajian-kajian seterusnya.


Pada tahun 1934, M.A.Stewart, mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. 

Seorang lagi pengkaji S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti staphylococcus aureus, baemolytic streptococci dan clostridium welchii. Pada tahun yang sama, W.Robinson dalam kajiannya mendapati larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Semua penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insert Immunology karangan Edward Steinhaus.

Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya. Pada tahun 1947, Ernestein, seorang inggeris juga turut menyelidik lalat. Hasil penyelidikannya, Ernestein menemui sejenis mikroorganisma fitriat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali. Beliau menyimpulkan bahawa fitriat pada lalat dapat memusnahkan pelbagai bakteria.


Seterusnya pada tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para peneliti lain iaitu Profesor Kock, Famer (inggeris), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma tersebut.

Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat hujung kakinya sahaja dan bukan pada seluruh badannya. Mereka juga menyatakan mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair, caranya, merendam lalat tersebut di dalam air.


Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." (Hadis riwayat al-Bukhari). Ternyata apa yang disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a.w adalah benar. Sekarang, apa akan anda lakukan apabila seekor lalat yang diketahui kotor, menghurung najis, tiba-tiba terjatuh ke dalam cawan minuman anda. Adakah anda membuang minuman itu atau meminumnya selepas membaca cerita ini?.

                                                                   shatmashuri 

Tag : ,

" Dia membahayakan kita " ....

on Sunday 9 September 2012

Pada abad ke-17 muncul seorang saintis muda Turki bernama Ahmet Celebi. Beliau yang digelar Hezarfen (seribu cabang sains) mempunyai seorang rakan bernama Lagari Hasan Celebi, juga seorang ahli sains. Lagari yang amat berhasrat untuk terbang seperti burung telah mencipta sebuah pelancar berbentuk kon. Beliau kemudiannya masuk ke dalam pelancar dan apabila bahan peledak dinyalakan, satu letupan yang membingitkan telinga kedengaran.Lagari tercampak keluar lalu melayang seperti burung, bagaimanapun dia mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Tag :

Hanya kerana pujian

on Wednesday 4 July 2012

Pada awal abad ke-18, ada seorang lelaki yang teringin benar hendak menjadi seorang penulis. Tapi keadaan sentiasa saja tidak menyebelahinya. Belum tamat darjah 4, dia berhenti sekolah. Keluarganya miskin, bapanya pula disumbat ke dalam penjara kerana hutang. Hidup anak muda ini jadi tidak menentu. Tidak makan selama 2 hari sudah jadi perkara biasa baginya.
Tag :
Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO