Pemburu harta... betulkah cara kita

on Wednesday 28 November 2012

Setiap manusia bercita-cita untuk menjadi jutawan. Tiada seorang pun yang ingin hidup miskin kerana realiti kehidupan di dunia sekarang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Setiap detik, dunia menjadi sibuk dengan penghuninya yang terlalu bersungguh-sungguh mencari rezeki, bukan sekadar untuk mencari keperluan hidup tetapi menjadi pemburu harta dan menghimpunkannya sebanyak mungkin walau dengan apa cara sekalipun.

Manusia dan harta seperti gula dan semut. Oleh itu, setiap kali ada berita tentang peluang-peluang baru untuk mendapatkan harta, seperti terjumpanya emas di dalam perut bumi, maka manusia akan  berduyun-duyun datang. Mereka mengorek tanah siang dan malam untuk mengeluarkan emas, sehingga kadangkala mereka tertimbus di dalam terowong yang mereka gali sendiri.




Suatu hari Rasullullah S.AW telah dikunjungi oleh malaikat Jibril, membawa tawaran dari Allah S.W.T untuk menukarkan semua bukit-bukit batu di sekitar Mekah menjadi bukit emas. Rasullullah S.A.W ketika mendengar tawaran itu menjelaskan sikapnya kepada Malaikat Jibril itu melalui doanya yang bermaksud : 

"Tidak wahai Tuhanku! sesungguhnya aku lebih suka dalam hidupku berkeadaan lapar sehari dan kenyang sehari, kerana ketika waktu lapar dapatlah aku "bertadharruk" (merintih,merayu) terhadap Mu ya Tuhanku, dan apabila aku dalam keadaan kenyang maka dapatlah aku memuji Mu dan mensyukuri nikmat Mu ya Allah.

Cuba kita bayangkan tawaran seperti itu diberikan kepada manusia yang sedang menjadi pemburu harta dunia seperti manusia hari ini. Sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa dia sedang berhadapan dengan harta karun yang datang tepat pada masanya. Namun tidak bagi Rasullullah S.A.W, Baginda meredhai kehidupan yang dilaluinya ketika itu, iaitu lapar sehari dan kenyang sehari. Lapar bukan semata-mata kerana Baginda berpuasa, tetapi sememangnya realiti kehidupan Rasullullah S.A.W dan para isterinya kerap kali mengalami keadaan seperti itu, iaitu ketika dapur isteri-isteri Baginda tidak berasap disebabkan tidak ada bahan makanan yang hendak dimasak pada hari itu.

Mengapa Rasullullah S.A.W merasa gembira dengan keadaan hidup yang sehari berlapar dan sehari kenyang?... 

Lapar bagi orang mukmin boleh meningkatkan harapan yang terlalu tinggi kepada Allah S.W.T, menjadikan dia lebih hampir kepada Allah, Kemudian apabila hatinya merintih dan memohon limpah dan rezeki dari Allah membuatkan dia menanti pula bilakah datangnya kurnia Allah itu yang secara tak langsung menjadikan dia tidak pernah alpa walau sejenak dari mengingati Allah.




Demikianlah Rasullullah S.A.W memperlihatkan sifat zuhud dan Qanaah dalam kehidupan hariannya, yang diikuti oleh para sahabatnya. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak terdaya melalui kehidupan zuhud seperti yang dicontohkan oleh Baginda itu, mereka harus tahu menyesuaikan dengan tahap keimanan diri masing-masing kerana Rasullullah S.A.W pernah mengingatkan umatnya bahaya :

"kefakiran itu hampir menjerumuskan seseorang ke lembah kekufuran."

Keimanan yang lemah boleh menyebabkan manusia melakukan bermacam-macam perkara yang haram tambahan pula apabila diancam kelaparan, oleh itu adalah wajar bagi manusia untuk memiliki harta lebih-lebih lagi jika harta itu boleh membantu mempertahankan keimanan masing-masing. Cuma yang harus diingat, janganlah jadi pemburu harta, kerana harta tidak akan pernah cukup.

                                                                  shatmashuri

Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Perantau Senja said...

ok ps singgah sini ^_^
Nice entri


5 December 2012 at 08:41
Unknown said...

hehe.. ikut sunnah Rasulullah jgn ikut nafsu


4 May 2013 at 17:38

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO