Ucaplah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

on Thursday 8 March 2012

Apabila kita berzikir, mangulangi kalimat-kalimat memuji Allah, secara automatiknya beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif. Lama-kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi. Maka, otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru.

banyak fakta rahsia yang tidak kita ketahui dari amalan berzikir

Dalam satu ujian imbasan mengukur kadar aktiviti otak manusia di Universiti Washington, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, imbasan di beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks. 

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada sukarelawan, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, memuji-muji Allah terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah KEMAMPUANNYA.

Carilah buku ini dipasaran kerana menerangkan secara terperinci tentang kelebihan berzikir

Penemuan menakjubkan ini dimuatkan dalam majalah Scientific American pada tahun 1993. Tatkala saintis barat menemui keajaiban ini, kita umat islam telah lama mengamalkan dan mendapat faedahnya. Sedihnya, masih ramai umat islam memandang rendah dan mengabaikan kepentingan berzikir sebaliknya suka menyanyi dan berhibur. Benarlah firman Allah yang bermaksud "maka ingatlah Aku, supaya Aku ingat pula kepadamu"- Surah al-Baqarah, ayat 152.
                                                       
                                                                          shat mashuri
Ranking: 5

{ 13 ulasan... read them below or add one }

Unknown said...

mulai hari nyh sama samalah kita berzkir..
bukan sahaja utk kekuatan saraf,
di samping dapat juga meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH..
insyaallah..


9 March 2012 at 00:24
akuzle ayu said...

tuhlaaa.. kiter dok asyik hafal lagu ajer...

p/s: pojek 100 bloggers tuh akak lom terpilih. itu baru peserta. dh cukup br bro akan pilih lagik... just maybe uv meningkat kots...ihhiihihi


9 March 2012 at 21:56
Ida Roslan said...

entri yang baik =), terima ksh.


11 March 2012 at 03:14
Fadzmie said...

Subhanallah. Memang semua suruhan Allah ada maksudnya / kebaikkannya yang tersirat. ;)


11 March 2012 at 09:43
✿INA AINAA✿ said...

ingat pd Allah dpt menajamkn ingatan kite.. Alhamdulillah kita sebagai umat Islam... heee.. basahkan lidah kite zikir bkn dgn carutan yg x dtgkn berfaedah... mekasih sharekan..


11 March 2012 at 10:18
onizuka said...

entry yg mmg sepadan dengan umat islam atau pun remaja sekarang yang hampir melupai ALLAH S.W.T dalam kehidupan mereka :)


12 March 2012 at 01:06
Anonymous said...

info baru! terima kasih berkongsi :D


12 March 2012 at 15:35
Sam said...

Assalamualaikum

terima kasih atas perkongsian ini


14 March 2012 at 11:54
Solihin Zubir said...

daripada dok mencarut yg merosakkan otak dan hati tu, baik berzikir..

Subhanallah..


17 March 2012 at 00:03
hana hasanah said...

Subhanallah.. banyak betol kebaikan zikir nie kan..
Semoga dipermudahkan urusan ku untuk berubah kearah kebaikan Amin.


18 March 2012 at 21:24
MISSNICK said...

setiap suruhan Allah S.W.T tersimpan seribu hikmah dan khasiat :)


18 March 2012 at 21:24
eVa said...

wahhh! very good info.. insyaAllah nak amal.


20 March 2012 at 21:21

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO