Cerita disebalik foto... Kevin Carter

on Wednesday 21 March 2012

27 Julai 1994, Dunia kewartawanan dikejutkan dengan berita kematian Kevin Carter. Mayat Carter ditemui di dalam trak di tebing sungai Braamfonteinspruit, Afrika Selatan, tempat dia sering bermain ketika kanak-kanak dahulu. Wartawan foto itu membunuh diri dengan cara menyalurkan asap dari ekzos ke dalam kenderaannya menggunakan salur getah. Di sisi mayat Carter terdapat sekeping nota yang ditinggalkannya. Nota itu berbunyi :-

"aku tertekan... tiada telefon... duit sewa... duit untuk membantu kanak-kanak... hutang... duit!!! aku dihantui ingatan-ingatan menakutkan tentang kematian, mayat, kemarahan, kesakitan.. kanak-kanak yang kebuluran dan luka, orang yang gembira apabila melakukan kerosakan, biasanya polis, si pembunuh.. aku ingin pergi untuk menyertai Ken, itu pun kalau aku bernasib baik."

Ken Oosterbroek adalah sahabat baik Carter. Dia terbunuh sebulan sebelum itu di Tokoza, Johannesberg, akibat tertembak secara tidak sengaja semasa merakamkan gambar pertempuran di kalangan pemberontak di bandar itu.

Melalui sahabat-sahabat Carter, akhirnya diketahui mengapa Carter membunuh diri serta punca-punca dia mengalami tekanan melampau. Cerita ini boleh dijadikan renungan untuk kita agar bersyukur dilahirkan di bumi yang bertuah ini. Baca dan hayati :-

 Kevin Carter

Mac 1993, Kevin Carter berlepas dari Afrika Selatan menuju ke Sudan untuk membuat liputan tentang pemberontakan yang berlaku di negara itu. Apabila tiba di Sudan, Carter mendapati pemberontakan bukanlah masalah terburuk di negara berkenaan, tetapi kebuluran.

Ketika melewati sebuah kampung, tiba-tiba Carter terdengar rengekan seorang kanak-kanak. Langkah Carter terhenti. Dia memerhati sekeliling dan mendapati ada seorang kanak-kanak perempuan sedang menyangkung di atas tanah, tidak jauh darinya. Kanak-kanak yang tidak berpakaian itu sedang duduk melepaskan lelah kerana tidak berdaya lagi untuk berjalan ke pusat bantuan makanan. Si kecil itu menundukkan kepalanya ke tanah dan memejamkan mata. Nafasnya lemah, tulang-tulangnya membonjol keluar.

Tidak sampai 5 meter darinya, seekor burung hering berdiri memerhati seolah-olah berkata, "andainya engkau mati sebentar lagi, engkau akan kujadikan habuan. Daging engkau yang sedikit itu akan kucarik-carik, perut engkau akan ku koyakkan, dan sisa-sisa darah engkau akan kuhirup sampai habis". Carter tidak jadi memetik punat kameranya. Dia sebaliknya menunggu si burung hering meninggalkan kanak-kanak tersebut. Tetapi selepas 20 minit menanti, burung itu tidak juga mahu berganjak.

Carter tidak menunggu lama. Lantas dia menghalau burung tersebut dan memetik kameranya. Kemudian Carter bergegas pergi untuk merakam gambar di tempat dan situasi lain pula.

Gambar itu dijualnya kepada akhbar The New York Times dan pada 26 Mac 1993, ia disiarkan. Tanpa diduga, hari itu pejabat The New York Times tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada pembaca yang bertanyakan nasib kanak-kanak tersebut. Esoknya, pengarang akhbar tersebut menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan , kanak-kanak berkenaan masih mampu berjalan. Dia tidak jadi mangsa burung hering tapi nasibnya selepas itu tidak diketahui.

Setahun kemudian, iaitu pada 2 April 1994, Carter mendapat panggilan telefon daripada pengarang berita luar negara The New York Times bahawa, gambar berkenaan telah dipilih sebagai pemenang utama hadiah fotografi Pulitzer Prize. Carter menerima award itu pada 23 Mei 1994 dalam satu majlis yang gilang gemilang di Columbia Universiti, Amerika Syarikat. Nama Carter serta merta melonjak naik kerana bagi golongan wartawan, hadiah Pulitzer adalah anugerah tertinggi dalam karier mereka.

foto inilah yang membolehkan Carter memenangi hadiah Pulitzer, tetapi foto ini juga yang meragut nyawanya.

Bagaimanapun, 2 bulan kemudian, iaitu pada 27 Julai 1994, dunia kewartawanan dikejutkan dengan kematian Kevin Carter. Sahabat-sahabat Carter mengatakan detik-detik merakamkan gambar kebuluran di Sudan, khususnya kanak-kanak yang terkulai di tanah menanti nasibnya diratah si burung hering telah menghantui hidup jurugambar tersebut. Menurut mereka, sebaik pulang dari tugasan itu, Carter duduk bersendirian di bawah sebatang pokok dan menangis tidak henti-henti.

Carter memberi tahu rakannya, dia tertekan. Dia cuba untuk melupakan kanak-kanak tersebut, tetapi gagal. Kecaman pelbagai pihak yang marah kerana dia tidak membawa kanak-kanak itu ke pusat bantuan makanan bagi memastikannya benar-benar selamat daripada ancaman burung hering sebaliknya hanya mementingkan profesion melebihi naluri kemanusiaan hakiki menambahkan lagi tekanan itu. Walaupun Carter menjelaskan dia tidak berani menyentuh kanak-kanak kerana bimbang dijangkiti penyakit, tetapi kecaman yang diterimanya itu terlalu berat untuk ditanggungnya. Ditambah dengan masalah kewangan yang menghimpitnya, akhirnya Carter membunuh diri.
                                                                   
                                                                     shatmashuri
                                          
                                                                   



Ranking: 5

{ 13 ulasan... read them below or add one }

Awie Omar said...

pernah baca cerita ini. boleh jadikan iktibar kepada semua.


21 March 2012 at 23:26
Unknown said...

indah itu hanya sementara.


22 March 2012 at 00:12
alifah said...

Kadang-kadang tiadanya atau kurangnya sifat ikhsan dalam diri manusia menjadikan seseorang itu rakus lagi zalim. Beruntungnya kita saudara muslim dididik dengan pengetahuan ikhsan. Cuma dimanakah implementasi sifat itu? Tepuk dada tnya iman^^

“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)


22 March 2012 at 11:36
cik jannah said...

sekeping gambar mampu memberi sejuta makna. :) cite ni menaik. tersentuh baca.


23 March 2012 at 01:33
Fadzmie said...

Kadang-kadang rasa bersalah boleh mengatasi segalanya.


23 March 2012 at 14:05
nana said...

hanya kerana sekeping gambar saja ......


24 March 2012 at 12:55
Sakura Aihana said...

Kesian bdak tu... kta ptt bersyukur kta berada di sini.. kta perlu berbuat baik sesama manusia


25 March 2012 at 22:09
nasir hamzah said...

sebelum ni dengar je, tapi kali ni baru dapat baca sendiri kisah ni.. terma kasih shatmashuri..


26 March 2012 at 12:31
nurmisnan said...

Jika kita perhatikan kehidupan daif orang Afrika yang kebulur
makanan dan minuman serta tempat tinggal yang lusuh, kita juga
akan tertekan..

Aku juga pernah berkongsi cerita Kevin Carter.. seorang jurugambar
Pro yang sangat kretif..


26 March 2012 at 21:34
FadzMeera said...

berfikir seketika baca entry ni..
tq :)


28 March 2012 at 13:20
MIS said...

wowowww...x sangka...
dengar2 ada buatfan page Facebook...
better cepat2 letak kat blog...nnti baru ramai like...

Singgah sini :
HOT : Kolam renang terbesar di dunia
TOP : Kolam renang palsu
POPULAR : Rumah mewah selebriti
GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
PELIK : Jam termahal di dunia

Dan banyak lagi di : Green Life


23 May 2013 at 20:59

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO