kellie's castle (istana kellie)

on Saturday, 7 January 2012

istana kellie atau lebih dikenali kellie's castle yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh merupakan satu warisan sejarah yang menyimpan kisah sehebat istana Taj Mahal di India disebalik pembinaannya.


istana kellie menyimpan 1001 kisah misteri di sebalik sejarahnya yang unik

Istana kellie dibina oleh seorang peladang Scotland yang kaya raya, William Kellie Smith yang berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai kellas. Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya, Istana Kellie juga dibina berdasarkan sebab yang sama. Mahligai ini merupakan tanda cinta Smith kepada isterinya Agnes yang berasal dari Scotland. Istana kellie terletak di sebuah ladang getah kinta kellas, sempena ladang di kampung asal smith di Scotland iaitu easter kellas.

dari pandangan sisi

Apa yang menarik mengenai bangunan ini ialah, bukan sahaja mempunyai bentuk berdasarkan kebudayaan India, malah semua batu bata dan lantainya juga dibawa dari india. Malah Smith juga mengupah buruh-buruh dari India.. Istana kellie ini adalah merupakan bangunan yang pertama sekali menggunakan lif untuk menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat yang paling atas.  Bangunan ini juga mempunyai bayang bilik-bilik dan terowong rahsia. Syangnya, istana yang dibina pada 1915 itu tidak sempat siap dan diduduki oleh Smith selepas beliau meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit pneumonia semasa melawat portugal pada tahun 1926. Agnes yang terlalu sedih dengan kematian suami tersayang kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual ladang getah serta istana tersebut kepada sebuah syarikat Inggeris, Harrisons and Crosfield.

istana kellie dibuka kepada kunjungan awam dari pukul 8.30 pagi hingga 7 petang setiap hari

Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai lagenda cinta  yang tidak kesampaian bagi Smith. Bangunan ini menjadi tumpuan pelancong terutamanya bagi mereka yang dilamun cinta. Pernah dijadikan lokasi pengambaran Anna and the King pada tahun 1999, sekaligus menaikkan namanya di arena antarabangsa. Terbaru, KRU juga menggunakan lokasi ini untuk pengambaran cerita terbaru mereka.
                                                           
                                                                  shat_mashuri

Ranking: 5

{ 18 ulasan... read them below or add one }

Awie Omar said...

SYOK LAK TENGOK ENTRI NI.
HARI INI, AKU CITER PASAL EX-KUCING AKU.
HARAP SUDI LA TENGOK JAP.
http://awieomar.blogspot.com/2011/03/jangan-tinggal-daku.html


7 January 2012 at 16:04
shat_mashuri said...

thanks.. :-) nti aku jengok k


7 January 2012 at 16:07
nazz said...

mula2 tengok ingatkan A'Famosa...haha...
btw,entri ni best...dpt tmbah pengetahuan :)


7 January 2012 at 16:33
shat_mashuri said...

tmpt nie bkl popular.. tgk la nti :-)


7 January 2012 at 16:39
Cik Apa Saja said...

ni tempat yg haunted tu ke??


7 January 2012 at 21:13
shat_mashuri said...

yup.. dulu memg berhantu.. skrg dorg dh bersihkn.. nk jadikn tempt pelancongan..


7 January 2012 at 21:15
#ciksuzlin said...

kita duduk Ipoh dah 3 tahun lebih tapi tak pernah pun pergi sini (*_____*)"


7 January 2012 at 21:26
shat_mashuri said...

ye ke.. ruginya.. saye tringin sgt nk gi sane..


7 January 2012 at 21:27
Lina_Lin said...

lawa castle nieh,tp xbkesempatan lg nk melawat :(


7 January 2012 at 22:56
EmpayarUtama said...

tak pernah sampai sini...


8 January 2012 at 00:27
LiYaNa said...

..entry yg menarik..kene pegi nie..


8 January 2012 at 00:59
wany dianwanie said...

x penah g pun...lalu je kat ctu...tp tingin nk p...


8 January 2012 at 10:42
Miss Nadya said...

cantik..:)
teringin nk pergi..:)

p/s :: thanks..:)


8 January 2012 at 12:49
Nur Najihah said...

Entri yg sgt-sgt CuN ! :D


9 January 2012 at 20:53
Razifredz said...

biasa dengar orang cerita dan tengok dokumentari kt TV je ... sampai tk pernah lagi,


9 January 2012 at 23:08
Fitri Ishak said...

xsilap pernah kuar kt majalah 3 nie...
http://blogkitekiteaje.blogspot.com/


11 January 2012 at 02:48
Arham Md Ali said...

Tak pernah langsung jejak Ipoh, tapi memang satu hari bercadang untuk round satu Malaysia dan ambil gambar. Rasa rugi kalau negara orang pernah pergi, tp negara sendiri tak kenal.

http://palereddot.blogspot.com/


12 March 2012 at 03:05
Nasrul Nadzir said...

macam best jew...
masuk kena bayar x ni...??


16 October 2012 at 16:30

Post a Comment

 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO