Bayar hutang sampai mati..

on Wednesday 4 April 2012

Harga rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 Juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000. Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.
Jika ingin memiliki rumah idaman, belilah pada hari ia dilancarkan kerana harganya pasti meningkat selepas itu.


Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buluh, Rawang  dan Klang menunjukkan trend yang sama.  Tinjauan di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baru dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah harga RM460,000. 

Di Kajang rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buluh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang RM335,000 (24x75 kaki).

Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020. Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah. Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna  dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi " katanya.


Rumah idaman bukan mudah dimiliki jika tidak berkemampuan

Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak. Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja dari bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya. Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?.

Konsep bina dan jual yang satu ketika dahulu hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti meningkatkan harga rumah. Jika konsep ini dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan melebihi penawaran.

dalam situasi ini, pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah idaman pada masa hadapan disaran supaya menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah. Apabila menabung dulu sebanyak 10% daripada jumlah pendapatan, pasangan masih ada 90% daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang tidak boleh melebihi 40% pendapatan.Tetapi, senario sekarang menunjukkan kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan simpanan.

Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang. Kerja adalah ibadah, tetapi apabila hanya bekerja untuk membayar hutang, kenikmatan bekerja tidak dirasai, terjadilah situasi dimana bekerja hanya untuk punch card manakala hasilnya tiada.

Walaubagaimanapun, kenaikan harga rumah sekarang mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.

Diolah dari KOSMO oleh Shatmashuri...

Ranking: 5

{ 13 ulasan... read them below or add one }

Tieah Madian said...

Tanah terhad, so harga rumah makin melambung.. Hehehe..


4 April 2012 at 22:01
Nour Adieb said...

Beli tanah di kampung then wat uma sendiri..lagi jimat :D


4 April 2012 at 22:28
missmeraa said...

eh eh. kite pun ada wat entry ni. SEMAK kepala bila baca artikal pasal harga rumah sekrang ni :(


4 April 2012 at 22:46
shat mashuri said...

hehehe.. nk jgk tgk.. tp blog awk xleh msuk.. private erk?..


4 April 2012 at 22:48
Ticer Syah said...

rumah skang mmg asek naik harga aje.. dulu km beli rumah masa first phase baru berapa.. skang ni tak dapat dah harga tu.. suma main harga suku juta.. mo pitammmm baayaqqq


4 April 2012 at 22:49
Hazimuddin Aiem said...

Solutionnya 1 jer... buat ،a duit. Lebih cepat sekarang ni... sebab masa itu emas sebenar sekarang.....


6 April 2012 at 05:19
dayah SnoW Heuka said...

klo beli ms dilancarkan lagi murah ea? huhu betol gak kan.. mosly keje coz na bayar hutang sy niy student na baya hutng ptptn kelak naty adehh


6 April 2012 at 14:02
Zullism said...

dok kampung larrr cmni..:)


6 April 2012 at 21:52
Ayu said...

itulah lumrah hidup zaman skrg kan?nak taknak kene hadapi jugak...haih....


7 April 2012 at 20:34
Joe Lian said...

so kena kerja lebih la ni..kumpul duit banyak2..


8 April 2012 at 09:40
rAIHan said...

nice entry. pas nie kne ade gaji besar bru boleh beli rumah.


9 April 2012 at 00:08
pena rozie said...

Rmh kat Trg pun mahal gak....


16 April 2012 at 11:37
AISYAH AQILA said...

hutang kalau tak dilangsaikan akan bertambah banyak ! T____T pening kepala . semuanya perlukan duit . ohh no . jemput singgah/follow aisyahaqila.blogspot.com atau cartahati143.blogspot.com


17 April 2012 at 17:20

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO