Idola : menjatuhkan atau menaikkan kita

on Wednesday 1 February 2012

Sejauh mana idola mampu mempengaruhi kehidupan individu terutama golongan muda yang mencari seseorang untuk dikagumi?. Mungkin kita berpendapat topik idola adalah tidak penting, kerana itulah, ia seakan-akan dipinggirkan tetapi  hakikatnya, idola membantu memacu kecemerlangan individu.
Kaunselor Pusat Perkhidmatan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa, Gombak Nordinah Mohd Kasim berkata, keinginan untuk menjadikan seseorang sebagai idola adalah proses normal dalam kehidupan manusia. Malah, ada idola yang membantu melonjakkan pencapaian dan membaiki kelemahan individu tetapi ada juga idola yang menjatuhkan semangat sesetengah individu.

Kejayaan idola dijadikan pemangkin semangat untuk berjaya dalam hidup

Biasanya pemilihan idola disebabkan rasa kagum seseorang kepada individu lain, manakala pemilihan itu juga bukan dilakukan secara rambang, sebaliknya faktor tertentu sebagai daya tarikan. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di institusi pengajian tinggi baru-baru ini, kebanyakan mereka memilih ahli politik dan sukan sebagai idola berbanding artis. Senario ini agak mengejutkan kerana golongan artis tidak lagi menjadi pilihan seperti mana 5 atau 7 tahun sebelum ini. Antara ahli sukan yang dijadikan idola adalah Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei, Ronaldo dan Khairul Fahmi Che Mat. Manakala ahli politik adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi. Pemilihan itu mengambil kira kepimpinan dan karisma, keyakinan diri serta rekod kejayaan yang diraih.

Golongan atlet semakin menjadi pilihan untuk dijadikan idola

Ia bukannya sesuatu yang janggal kerana mereka adalah golongan pelajar, jadi pemilihan idola mereka pasti seseorang yang boleh memberi impak kejayaan peribadi atau mempunyai kualiti tersendiri yang boleh membantu proses kecemerlangan akademik mereka.  Tetapi ramai yang terlupa kita sebenarnya mempunyai idola yang paling sesuai dengan diri kita. Ibubapa adalah idola pertama yang terbaik biarpun mungkin mereka tidak mempunyai kemasyuran atau terkenal. Ibubapa mempunyai nilai kualiti dan kehebatan yang boleh dijadikan rujukan serta panduan. Kekuatan jalinan emosi antara mereka mampu mewujudkan satu tarikan hebat untuk lebih berjaya. Mungkin kejayaan mereka tidak diketahui dunia, tetapi kita sebagai anak tahu bahawa ibubapa kita telah berjaya dalam hidup mereka. Bagaimana mereka berjaya?, caranya kita tahu. cuma mahu ikut atau tidak.

Ibubapa kita telah berjaya dalam hidup dengan cara mereka sendiri.

Namun harus kita ingat, ada keburukan juga jika kita terlalu mengagumi idola kerana tanpa disedari boleh mengakibat kita bertindak di luar batas kewarasan atau mengubah diri menjadi orang lain. Ketaksuban boleh meninggalkan kesan psikologi negatif yang bukan sahaja mengganggu penampilan fizikal malah menyebabkan daya berfikir juga seperti mereka. Mengagumi seseorang tiada salahnya, namun tetap salah jika cuba menjadi seperti idola pujaan hingga boleh mengganggu proses perkembangan psikologi normal dan sihat. Mana mungkin kita kita mengubah diri hanya dalam sehari supaya menjadi seperti idola kita.


Justeru, jangan mengubah diri hanya kerana hendak secocok seperti idola kita. Ketaksuban melampau boleh memudaratkan diri sendiri serta boleh mengganggu ketenteraman awam. Jadi, tepuk dada tanya selera.Pilihlah mana yang sesuai dengan diri sendiri. Kita juga boleh berjaya dengan cara kita sendiri. Insyaallah :-) 
                                                                    shat_mashuri
Ranking: 5

{ 11 ulasan... read them below or add one }

Anonymous said...

yup..jangn terlalu taksub dengan idola anda sehingga bertindak di luar batasan..


1 February 2012 at 18:55
Muhammad Al-Afiq said...

patut kita ambil nabi muhammad sbg idola kita...itu yg terbaikkkkk..


1 February 2012 at 23:05
Arra Ahmad said...

idola..mana2 pn boleh..:)


4 February 2012 at 08:25
Charlie said...

Jadikan la idola anda sebagai inspirasi untuk berusaha demi mencapai kejayaan dan bukan beban untuk mengejar cita-cita yang serupa


4 February 2012 at 12:29
Anonymous said...

saya tak tau idola saya apa...hhoho...


4 February 2012 at 20:14
ZAIDAHTUL AKMAL said...

semua yang berjaya idola saya...


4 February 2012 at 23:15
Razil Tahir said...

ambil yg baik sbg contoh...
kalau ade yg tak baik tue jadikan sempadan...

idola org ramai sekarang artis laa...hahah


5 February 2012 at 15:45
cokiedacomot said...

rasanya semua yang berjaya idola saya . tapi ambil yang baik sahaja untuk dijadikan panduan dan teladan .


5 February 2012 at 18:53
nazreen said...

waa..gaya penulisan yg best!
isinya pon berguna :)


5 February 2012 at 23:07
Raz said...

dola akan menaikkan semangat kita untuk trus berjaya :)


29 March 2012 at 22:01

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO