Terima kasih Doraemon !!!...

on Saturday 28 January 2012

Berkepala bulat, tangan bulat, hidung bulat. Sejak watak kartun ini ini dicipta oleh Hiroshi Fujimoto dan Moto Abiko, dunia kanak-kanak menjadi lebih berwarna warni dari satu jenerasi ke satu generasi. Bersama rakan-rakannya, Doraemon telah menghiburkan kita semua dengan cerita taladan dan imaginasi sains.



tahukah kita berapa umur doraemon sekarang ?...

Plotnya mudah, Doraemon yang datang dari zaman yang akan datang keluar dari mesin masa yang berada dalam laci meja belajar seorang kanak-kanak lelaki yang kuat tidur petang bernama Nobita. Nobita yang malas belajar, sering meminta bantuan Doraemon sekiranya tidak siap kerja sekolah atau sering dibuli oleh kawan-kawannya seperti Giant Dan Sinyu. Satu persatu mesin dikeluarkan dari saku ajaib yang terletak atas perut Doraemon. Saban minggu, kita tertunggu-tunggu apakah alat yang akan Doraemon keluarkan untuk membantu Nobita menghadapi masalahnya. Kemudian. kita pula yang akan teruja apabila ada alat-alat seumpama 'pintu suka hati', 'lampu pembesar' serta beratus-ratus alatan lain yang berbeza fungsi digunakan. Menariknya, nilai setia kawan, rajin berusaha, menghormati orang dewasa, keberanian  dan nilai-nilai murni lain tidak lekang dalam setiap episod dalam komik atau siri Tv. Pencipta watak komik ini selalu menekankan nilai murni lebih penting dari alatan yang keluar dari poket ajaib Doraemon.


walaupun bergaduh, mereka adalah sahabat yang setia

Sebanyak enam majalah yang berbeza menyiarkan cerita Doraemon pada pertama kali disiarkan. Secara keseluruhannya, sebanyak 1,344 siri telah diterbitkan dan dicetak oleh syarikat Tentomushi kepada 45 buah komik. Kemudian Viz Media telah membeli lesen untuk diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Sejak diterbitkan, sebanyak 80 juta buah komik telah terjual sehingga tahun 1992. Selepas mencatatkan kejayaan besar dalam industri komik, siri Doraemon melebarkan sayap dengan terbitnya siri animasi pada tahun 1979 oleh TV Asahi. Siri ini kemudiannya menjadi begitu popular sehingga diterbitkan seanyak 1,787 episod. 


Mari kita ucapkan selamat ulang tahun kepada Doraemon kerana pada tahun 2010, Doraemon sudah berusia 40 tahun. Pada tahun ini usia Doremon adalah 42 tahun. Walaupun sudah tua, tapi tetap ciut. Dan akhir sekali, terima kasih Doremon, nobita, giant, sinyu dan shizuka kerana pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak kami.


                                                                         shat_mashuri

Ranking: 5

{ 22 ulasan... read them below or add one }

Kehadiranku Di Hapuskan said...

awk.. mcm ne nk follow... xde button follow pon... sy nk follow blog awk... nampak sngat menarik.... ^__^


29 January 2012 at 02:08
shat mashuri said...

klik join this side.. :-)


29 January 2012 at 02:14
::Mastura Zakaria:: said...

tumpang lalu n follow kat sini ye.....


30 January 2012 at 11:04
Arikal Razali said...

wahh , best info :D jemput datang belog sy :)


30 January 2012 at 15:44
Arra Ahmad said...

wah.doraemon dah tua.:)


31 January 2012 at 08:52
BELOG GILA said...

menarik.. and dah follow!! follow sini jugak yer!! nie blog baru buat.. :)


31 January 2012 at 13:32
Hanie Dew said...

doraemon dulu kini dan selamanya.

baru tau penyanyi asal doraemon ni.


31 January 2012 at 14:14
Azza Afdzal said...

minat cgt tgk doreamon wlpn dh lme tak tgk huhu


31 January 2012 at 14:19
✿INA AINAA✿ said...

Ahakx...teringat zaman silam..cewahhhh!!! Doreamon sntiasa di hati...


31 January 2012 at 17:27
lily butterfly said...

hi.. lily dah follow sini.. suka doremon.. :)


1 February 2012 at 14:49
meisnani said...

penyanyi dye kurus doremon gemok.. hehehhe tp suare dye comel..=) follow sini


23 February 2012 at 23:39
Fiey said...

ok..ini menarik :P
done follow.
jom hit back infieyonashoe.blogspot.com


29 February 2012 at 09:41
Anonymous said...

zaman kanak2 wajib tgk cite doremon :)

-folo awak:)


29 February 2012 at 10:07
Emmy Naz said...

doremon tak penah jemu tgk citer ni...


2 April 2012 at 15:28
Unknown said...

Inilah animasi Jepun yg telah mencorak zaman kanak-kanak kita..=)


5 April 2012 at 21:51
Fira Mustafa said...

karton yg x pernah buat org jemu! :D


29 July 2012 at 21:27
tirahzairi said...

dh lme xlayan doraemon...hihi


29 July 2012 at 21:31
Myra Abdullah said...

huwawaaa..dora eeeee...monnnn.. =D


29 July 2012 at 22:18
Unknown said...

Aku Kangen Sekaliii .. DORAEMOON


1 January 2013 at 17:07
Arisa Lucifiria said...

Be proud of the Japanese and Doraemon!


20 October 2014 at 18:52

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO