Cerita tentang lelaki..... diam apabila???

on Monday 31 December 2012

Bagi yang sedang bercinta atau baru berumahtangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri :-


DILANDA MASALAH
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaiannya, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.

BERBICARA SOAL PERKAHWINAN
Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikir sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.

PUTUS CINTA
Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya di dustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.

BALIK RUMAH MERTUA
Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini baik nasihatkan dia  sedikit agar tidak dianggap "kera sumbang"

TERJUMPA BEKAS KEKASIH
Apabila dia sedang berjalan dengan isteri atau kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Tiba-tiba lidahnya kelu untuk berbicara, mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita jangan mudah melenting.

APABILA RAHSIA TERBONGKAR
Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak-dalih, cuma mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentlement, dia lebih  banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah dijelaskan keadaan yang sebenar.

Jadi... pasangan anda bagaimana?....         Shatmashuri
Ranking: 5

{ 13 ulasan... read them below or add one }

Fatin Diana said...

ohh, laki macam ni ek? baru tahu. tapi kalau yg first tu, dah lama tahu. memang ego, taknak kongsi masalah ^^v


31 December 2012 at 23:40
annabelle'z blog said...

macam ni ker lelaki owh...
bukan mudah memahami lelaki ^^


1 January 2013 at 09:25
Unknown said...

haha..tjumpa bekas kekasih tu ..kelu idah semua..haha:D lelaki unik..


1 January 2013 at 10:56
Yana Sakura said...

owh..sbb nie erk laki suka diam..haha
bru taw..akn cba fahami..keh3 :D


1 January 2013 at 14:12
azzra said...

best entri awak ni..sekurang kurangnya saya boleh lebih memahami


1 January 2013 at 14:23
The Ordinary Lina said...

owh mcm ni ye??? Heeee blogwalking kat sini...


1 January 2013 at 20:18
AA said...

oh macam ni ye lelaki. huhu. comelnyee. hahaha :P


1 January 2013 at 22:24
Aerill Hassan said...

blog anda direview..http://diarijejakahangat.blogspot.com/2013/01/segmen-review-blog-bertuah.html


8 January 2013 at 21:44
Unknown said...

saya suka perempuan ..haha.. saya tak suka lelaki :P


4 May 2013 at 17:38
Unknown said...

4 daripada 6 saya tak pernah alami. hehehe
Blogwalking dari selatan tanah air!
--> Daxxstories


18 May 2013 at 10:20
Long Cham said...

berita kaki normal la tu suka pompuan xkan suka laki plak ko gay ka hahahaha
http://long-cham.blogspot.com/


18 May 2013 at 14:08

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO