PRU 13 : kitakah yang menang atau???

on Friday, 10 May 2013


Ketika ini keputusan PRU 13 telahpun diketahui. Tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah, cuba lagi.


Analisa awal yang dapat dikatakan adalah, sesiapapun yang menang, tidak banyak manfaat untuk
agama Islam dan umatnya walaupun kita semua tahu agama suci ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ketika berkempen kita asyik meraikan agenda  orang lain saja sementara agenda memperkasakan Islam jarang kedengaran.

Kita lebih obses dengan tuntutan ultra kiasu iaitu apa yang mereka mahu semua kita beri, lebih menyedihkan ada perkara yang sudah dilupakan dan tidak dituntut lagi pun kita beri. Malah, ada projek pembangunan sedang berjalan terpaksa dibatalkan gara-gara mahukan undi. Lebih ekstrem lagi, mereka pula meminta supaya surat jaminan segera dikeluarkan sebelum hari pengundian. Jenis apakah manusia ini?, tidak pernah bersyukur.


Pilihan raya adalah medan untuk rakyat memilih siapa yang terbaik, bukan memberikan bulan dan bintang kepada mereka. Ahli politik sepatutnya mempertahan dan memperkasakan kepentingan semua terutama perkara asas bernegara, mereka sepatutnya tegas dalam membuat keputusan serta berani mengambil risiko selagi mana keputusan dibuat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

PRU 13 hanyalah alat. Menang atau kalah itu perkara biasa. 5 tahun lagi kita bersua kembali. Apa yang penting agenda agama, bangsa dan negara mesti berjalan dan dihormati. Apa guna menang PRU 13 jika agama dan umat islam masih merempat menagih simpati di buminya sendiri. Ketika kempen  Adakah kita mendengar kempen "sekolah agama diberi keutamaan berbanding sekolah lain".

Tidakkah kita merasa sedih apabila membaca kempen MCA dalam iklan akhbar the Star sepanjang musim berkempen. Terang-terang menghina agama Islam walaupun ditujukan kepada PAS (PR) tetapi perkara tersebut merupakan perkara asas Islam seperti cuti hari jumaat, larangan arak dan judi, pengasingan lelaki perempuan dalam kolam renang dan salon, panduan berpakaian dan lain-lain lagi. Pada saya jika Kelantan ingin melaksanakan perkasa asas tersebut itu adalah hak dan wajar, lagipun majoriti umat Islam berada di sana. Bilangan bukan Islam amat sedikit, jadi hak majoriti mesti dipertahankan jika itu yang mereka mahu dan disyariatkan. Cuba kita bandingkan dengan manoriti Cina Islam di negara China, adakah mereka dapat hak-hak Islam mereka dilaksanakan?, saya harap MCA sedar akan perkara ini.

MCA ternyata semakin kurang ajar mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan antara menyindir PAS dengan menyindir Islam. Diharap UMNO dapat menegur rakan komponen ini, sedarkan mereka "MCA boleh mengkritik PAS tetapi jangan sentuh kesucian Islam".



Begitu juga dengan PAS, agenda hudud Pas ditolak mentah-mentah oleh DAP, malangnya PAS sanggup berkompromi dengan menyatakan hudud hanya agenda PAS bukan agenda PR. jika begitu bagaimana PAS mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah hudud untuk orang PAS sahaja, manakala demokrasi untuk PKR dan DAP. Bolehkah negara diperintah dengan dua sistem? sekalipun PAS berjaya dengan agenda hududnya, bagaimana pula dengan orang islam yang ada dalam PKR dan DAP. Adakah mereka terkecuali daripada hudud?.

Seluruh umat islam di Malaysia, ingatlah, apabila berpolitik sentiasa ingat Allah.

Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi sendiri. Apatah lagi untuk memertabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh juga, namun hak mereka sentiasa terjamin dan terjaga, sementara kita pula bergaduh setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.

Dipetik dari tulisan Ridhuan Tee Abdullah oleh shatmashuri.
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Syaza Raihanah said...

Singgah sini :) http://syaza-applemints.blogspot.com/


16 May 2013 at 21:40

Post a Comment

 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO