Cerita tentang PELUANG YANG DATANG...

on Sunday 19 May 2013



Tanpa disedari, peluang selalu saja datang dalam hidup kita. Ia mengetuk pintu kehidupan kita, tetapi terpulang sama ada kita dengar atau tidak, terjaga atau sedang tidur lena.


Kebanyakan dari kita tidak bersiap sedia apabila peluang hadir di depan pintu. Ada pula yang takut menggunakan peluang itu kerana bimbang dengan kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi. Ada juga yang terus meraih peluang itu dan memulakan langkah untuk mengeksploitasikannya, tapi sayang, mereka meninggalkannya separuh jalan apabila menghadapi kesukaran yang datang silih berganti. Manusia dalam kedua-dua kategori di atas adalah manusia yang lemah dan gagal.

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai sifat untuk menjadi hero, yang cepat mengambil peluang dan menjadi semakin ghairah serta tekun setiap kali menghadapi cabaran.

Ingat pesanan ini... Anda akan menjadi manusia yang berdukacita, lemah serta tidak produktif jika lebih suka  melihat kesukaran-kesukaran yang terdapat di dalam peluang itu. Sebaliknya, anda akan menjadi orang yang berjaya dan kreatif apabila melihat wujudnya peluang dalam setiap kesukaran yang dihadapi.

Baca ayat di atas sekali lagi supaya anda benar-benar faham maksudnya... 

Falsafahnya begini... jangan jadikan biji anggur sebagai sebab untuk anda menjauhi buah tersebut, luahkannya sebiji demi sebiji...

shatmashuri... 
Ranking: 5

{ 7 ulasan... read them below or add one }

nazrinnasser said...

terbaik... inspiration


19 May 2013 at 22:23
Abdul Munir said...

kita kena sentiasa berfikiran positif terhadap semua perkara baru hidup happy


20 May 2013 at 06:48
NJihe.am said...

Terbaik! Suka baca ayat inspirasi macam ni. Studioous.blogspot.com


22 May 2013 at 18:24
ID said...

done follow back bro #1173

TQ

cek tgu peluang kawen je ni hah hehehe


22 May 2013 at 21:49
MIS said...

bagus...sentiasa berfikiran positif..

http://grenlifee.blogspot.com/


31 May 2013 at 11:45
Anonymous said...

Mantap , nice share bos ..


6 August 2013 at 11:23

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO