BOIKOT : apakah sejarahnya?

on Wednesday 11 January 2012

Selepas bersara dari tentera pada tahun 1873, Kapten Charles Cunnigham Boycott menjadi pengurus ladang Earl of Erne di Country Mayo, Ireland. Tugasnya adalah menentukan kadar sewa tanah, memasarkan hasil pertanian dan menjaga kebajikan para petani di kawasan tersebut. Tetapi Boycott tidak menjalankan tugas seperti yang sepatutnya
. Dia menjadi begitu sombong dan bongkak serta memandang rendah pada petani-petani. Amalannya itu membuatkan petani-petani membencinya.

kekejaman Boycott membuatkan para petani memboikot setiap arahannya.

Mendapat tahu reaksi petani-petani, Boycott bukan sahaja menaikkan kadar sewa bahkan merampas semua hasil pertanian jika ada yang menangguh.nangguhkan sewa. Keadaan tersebut membuatkan petani marah, lalu dianjurkan satu pertemuan bagi menentang dan mengajar Boycott. Setelah berbincang secara panjang lebar, kata sepakat diambil, semua petani bersetuju diwujudkan persatuan menentang tindak-tanduk Boycott. Pada 1880 satu memorandum dihantar untuk mendesak Boycott membenarkan mereka sendiri menentukan kadar sewa tanah yang dikerjakan.Walaubagaimanapun Boycott menolak mentah-mentah cadangan tersebut sambil berkata " aku pengurus di sini, aku tahu apa yang aku lakukan, kamu hanya hamba belaka". Petani-petani merasa terhina dan hampir hilang sabar dengan kerenah Boycott. Mereka berpiket, menjerit-jerit namanya bahkan mengutuk dengan kata-kata lucah.


gambaran keadaan ketika perbicaraan Boycott

Petani-petani berjumpa dengan setiap orag yang berurusan dengan Boycott. Kemudian mereka menceritakan kekejaman Boycoot, akhirnya mereka berjaya mendesak supaya peniaga tidak menjual barang-barang keperluan kepadanya, tukang-tukang besi pula, atas desakan para petani enggan meggantikan ladam kudanya. Manakala yang bukan petani, menolak bekerja di ladang-ladang di bawah jagaannya. Kali ini kesannya mula terasa, hasil pertanian tidak dapat dikutip. Akhirnya Earl terpaksa memecat Boycoot, kemudian seluruh ahli keluarganya dipinggirkan. Kemudian kata-kata sperti ini wujud " jangan dekati Boycoot, Boycoot itu dan ini.. menjadi sebutan hingga pada kanak-kanak zaman itu.


Hari ini di serata dunia, perkataa boikot digunakan secara meluas bagi menggambarkan rasa marah atau benci terhadap sesuatu. Sama ada barangan, idividu atau negara. Sikap Charles Cunningham Boycoot yang angkuh, kejam, tidak bertimbng rasa dan enggan bertolak angsur, menambah perbendaharaan kata kepada banyak bahasa di dunia ini. 
                                                     
                                                                  shat_mashuri
Ranking: 5

{ 10 ulasan... read them below or add one }

Qurratu Kushairi said...

Thanks dtg belog kite :))


11 January 2012 at 22:59
Jiarizaira said...

owh...sejarah boikot...interesting...


12 January 2012 at 02:27
Fitri Ishak said...

haha... asal usul perkataan boycoot erk????


12 January 2012 at 03:00
Razil Tahir said...

huuuu... baru tahu...
thanks for sharing! XD


13 January 2012 at 07:38
Unknown said...

Salam kenal dan follow :)

www.akumad.com


14 January 2012 at 17:16
Anonymous said...

haha... masyaallah, very like :D


14 January 2012 at 21:50
MUSTIKA MISRAN said...

bagus la entri ni..Baru musz thu..
http://bidadarikecilmustika.blogspot.com/


16 January 2012 at 10:30
Anonymous said...

Info Berguna..


16 January 2012 at 15:46
nazreen said...

ohh baru tau boycott tu name orang...haha


5 February 2012 at 23:13

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO