Tidurlah dalam senyuman....

on Tuesday 17 January 2012

Setiap orang berhak untuk bahagia !. Tetapi tahukah kita bagaimana  hendak menjadikan hidup lebih ceria. Ikuti beberapa tips di bawah, mungkin dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik serta Mengeluarkan anda daripada 65% rakyat malaysia yang mengalami STRESS.





buka hari anda dengan senyuman ! .. senyumlah, anda akan berasa lebih segar , senyum kepada orang tersayang atau senyum untuk kebahagian yang telah dikecapi. Bukalah tingkap luas-luas dan pandanglah mentari pagi yang sedang menanti anda, ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarnya. Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya. Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda.

Hadapi semua masalah dengan hati yang terbuka, kemudian berulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak dari masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya, yakinlah, jika anda berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sambil menunggu ganjaran itu sampai kepada anda, ia tetap datang cuma cepat atau lambat sahaja. Hidup ini memang begitu, dan sebenarnya kehidupan kita pada hari ini adalah hasil dari apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

Hulurkan tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati kita. Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tetapi pada hari esok, anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.


Belajarlah untuk berkata benar. Kebenaran itu indah, tetapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak tidak melukai sesiapa. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut berbuat demikian, tapi nyatakanlah dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

Cuba hadkan keinginan harian anda. Keinginan yang melampau serta terlalu tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam hari ini anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta. Semua ini akan membuatkan anda tidak senang duduk. Rancanglah, kemudian penuhi satu persatu.

Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali membiarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama cuba untuk menjadi seperti dia. Malah lebih baik dari dia.

berani mengakui kesalahan sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri. Anda akan berasa tenang. Tiada sesiapa yang yang dapat lari dari membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.



Akhir sekali, sebelum melelapkan mata, insaflah serta bersyukur atas semua rahmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita sepanjang hari ini. Bermohonlah kepada Allah supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.
                                                                     
                                                                       shat_mashuri
Ranking: 5

{ 9 ulasan... read them below or add one }

Rose said...

selamat pagi.. selamt berbelog - thingking positive


18 January 2012 at 08:24
shat mashuri said...

yup.. mulakan pagi anda dengan ceria :-)


18 January 2012 at 08:25
~ayusleeping~ said...

selamat pagi...mulakan hidup dengan senyuman... :)


18 January 2012 at 08:41
Hanisah Sanip said...

senyum itu sedekah...


18 January 2012 at 18:03
Unknown said...

mulakan hari anda dengan senyuman =)


19 January 2012 at 15:47
Sunah Sakura said...

da bangun dari tido ni....huhuhuhu


20 January 2012 at 08:14
Anonymous said...

follow sini


20 January 2012 at 11:35
NOVA said...

tidu dalam senyman... tajuk yg cantek.. hehhe saya tido memang selalu senyum seorang2.. hahhahah


20 January 2012 at 16:08

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO