Steve Jobs

on Saturday 31 December 2011

Dia adalah seorang mahasiswa yang gagal, dia tidak pernah menghabiskan kuliahnya, hanya sempat belajar selama 6 bulan. Akhirnya, Steve Job menamatkan pengajiannya dengan alasan tidak mahu membazirkan wang org tuanya. " aku secara naif memilih universiti yang bayaran yurannya hampir semahal stanford dan semua tabungan org tua ku habis kerananya
, setelah 6 bulan, aku masih tidak lagi nampak manfaatnya, aku tiada idea apa yang aku ingin lakukan dalam hidupku, dan bagaimana universiti akan menolong aku. Dan yang paling dikesali,  aku menghabiskan semua wang yang ditabung org tua ku selama hidup mereka". Kata steve jobs dalam satu upacara di stanford universiti pada tahun 2005.Mengakhiri ucapannya Steve jobs berkata " waktu anda terbatas, jangan mensia-siakn untuk menjadi seperti org lain, jangan terjebak dengan hasutan, yang jelas adalah pemikiran org lain. Jangan biarkan pilihan org lain menegelamkan suara dalaman anda, dan yang paling penting, beranilah mengikut hati yang entah bagaimana sudah tahu sesungguhnya anda ingin menjadi apa".

Steve jobs mengakui keputusan untuk berhenti belajar adalah keputusan paling terbaik yang pernah dia lakukan dalam hidup.


Steve Jobs ketika mengenang kembali hidupnya, mengakui yang dia terpaksa hidup merempat sesudah menamtkan pengajiannya. Oleh kerana tidak mempunyai tempat berteduh, dia terpaksa menumpang tidur di lantai bilik temannya. Dia juga menjual botol minuman untuk mendapat wang bagi membeli makanan. Steve jobs juga mengambil kursus walaupun tiada wang untuk dibelanjakan. Siapa sangka, walaupun ditimpa dugaan dan rintangan yang bukan calang-calang, akhirnya Steve Jobs menjadi perintis revolusi teknologi dengan kehadiran iPod, iPhone dan tentunya iPad.

Ramai yang tidak tahu, steve jobs pernah dipecat dari syarikat yang dibinanya sendiri bersama steve wozniak.

Sebaik dipecat daripada Apple, Steve jobs tiada masa untuk merintih dan merungut, sebaliknya dia terus membina syarikat NeXT Computer pada tahun 1985. Setahun berikutnya, dia membeli Graphics  Group yang mengalami kerugian daripada George Lucas. Syarikat ini kemudiannya dijenamakan semula sebagai Pixar. Akhirnya, syarikat inilah menjadi perintis dalam penghasilan filem animasi. Cerita pertama yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah filem Toy Story yang akhirnya ditonton jutaan penonton dengan keuntungan kasar sebanyak US$ 350 juta. Tidak berhenti setakat itu, kejayaan filem Toy Story akhirnya diikuti pula oleh filem A Bug's Life, Finding Nemo dan Monsters Inc. Setahun kemudian NeXT di beli oleh Apple dengan nilai US$ 400 juta. Akhirnya Steve Jobs kembali ke tampuk kekuasaan Apple. Tetapi Apple ketika itu bukanlah Apple yang dulu, Apple kini  sedang mengalami kerugian, sesudah memecat director syarikat ketika itu, steve jobs terus membatalkan projek-projek kecil, kemudian menumpukan kepada perusahaan elektronik yang baru mengalami pertumbuhan pesat. iPod dihasilkan pada tahun 2001 yang terus menjadi gaya hidup terkini kemudian disusuli pula iTunes.


Produk-produk Steve Jobs di  pasaran :-

Apple I (1976) 
komputer yang ditujukan untuk Ingineer. Merupakan produk pertama Apple tetapi dengan fungsi yang sangt terbatas. Dicipta oleh Steve wozniak sementara Steve Jobs pula bertanggungjawab dalam pemasaran.

Apple II (1977)
Produk personal computer pertama yang berjaya. Bukan hanya dicipta untuk Ingineer, tetapi juga untuk pengguna lain. Dicipta oleh Steve wozniak, produk ini begitu hebat hinggakan boleh bertahan pada tahun 1993 dengan kemampuannya sentiasa ditingkatkan (upgrade).

NeXT computer (1989)
Sesudah ditendang dari Apple, Steve Jobs sempat mendirikan sebuah perusahaan produksi komputer. Walaupun gagal dijual dalam kuantiti yang besar, tetapi Next selalu dikenang sebagai komputer pertama di dunia yang memiliki web browser. Software ini masih menjadi web browser yang ada dalam sistem operasi Macintosh dan iPhone hingga saat ini.

Lisa (1993)
Kunjungan ke Xerox Corp di Palo Alto memberi inspirasi kepada Steve Jobs untuk memulakan projek komputer komersil yang pertama dengan user interface grafic, yang menggunakan simbol icon, window dan Cursor yang dikendalikan oleh mouse. Tetapi produk ini terlalu mahal dan tidak berjaya di pasaran.

Macintosh (1994)
Produk yang mempunyai antaramuka yang sama seperti Lisa, namun Macintosh lebih murah dan cepat serta disokong dengan promosi yang sangat lancar. Sesudah kemunculan Macintosh, barulah pengguna sedar betapa mudahnya menggunakan komputer. Ketika inilah dipanggil era desktop publishing iaitu dengan menggabungkan mesin Mac dan printer Laser.

iMac (1998)
Baru kembali ke pangkuan Apple. Ketika ini Apple sedang Nazak. Steve Jobs lantas melakukan perubahan yang drastik. Rekaan ekstrim iMac menjadi langkah pertama yang mengangkat semula nama Apple dalam pasaran. iMac sangat mudah digunakan dan menyedarkan org ramai betapa bergunanya teknologi internet.

iPod (2001)
Model ini bukanlah pemain muzik digital pertama yang dilengkapi dengan hard drive, tetapi model ini adalah model pertama yang berjaya dalam pasaran. Kejayaan iPod membuka jalan untuk persiapan Music Store iTunes dan iPhone.

iTunes Store (2003)
sebelum adanya produk ini, untuk membeli muzik digital adalah sesuatu perkara yang melecehkan. walaubgaimanapun pada Apple hadir dengan membawa segala kemudahan dari pelbagai label. Pada 2008, iTunes menjadi retailer muzik terbesar amerika syarikat.

iPhone (2007)
Smartphone milik Apple ini menghadirkan pengalaman yang sama dengan apa yang ada pada Macintosh untuk Personal Computer. dengan kelebihan iaitu sebuah smart phone yang sangat mudah digunakan, Apple akhirnya menjadi pembuat talifon paling untung di seluruh dunia.

iPad (2010)
Sebelum iPad hadir, banyak perusahaan termasuk Apple cuba membuat computer tablet, tetapi tidak satupun berjaya di pasaran. Akhirnya iPad hadir menjadi penggerak dan penggubah perspiktif sebuah komputer tablet serta menambah satu kategori baru dalam dunia komputer.


Sebenarnya ada 7 produk buatan steve jobs yang gagal dalam pasaran, walaubagaimanapun ia tidak sedikitpun melemahkan steve jobs untuk mincipta produk yang benar-benar berkualiti. Produk-produk tersebuat adalah :- 

1. Apple III (1981)
2. Lisa  (1983)
3. Next Computer (1989)
4. Puck Mouse (1998)
5. Cube (2000)
6. iTunes Phone (2005)
7. Apple Tv (2007)

Menjadi orang yang terkaya di tapak perkuburan bukanlah perkara yang beerti bagi saya, tetapi pergi ke tempat tidur dan mengatakn kami telah melakukan sesuatu yang luar biasa ... itulah yang beerti bagi saya. (The wall street journal) 1993.

                                                               shat_mashuri


Ranking: 5

{ 12 ulasan... read them below or add one }

shat mashuri said...

hahaha.. gitu2.. :-)


2 January 2012 at 11:28
nature "iz" said...

so jom berenti blaja ramai2..ha3...
he2..gurau jek..rezeki tuhan bagi maseng2 dgn cara maseng kan... :p


2 January 2012 at 14:12
shat mashuri said...

yup.. yg penting knali diri :-)


2 January 2012 at 14:15
Mishter Izwän said...

terbaik seyh, aku pun nk jadi macam dyer, boleh tak


3 January 2012 at 17:47
shat mashuri said...

hahaha.. mestlh boleh :-)


4 January 2012 at 07:54
o.O said...

thx 4 da info.. mmg cari sal ni pun.. huhu..


4 January 2012 at 17:03
shat mashuri said...

welcome :-).. slalulh jenguk k...


4 January 2012 at 17:12
Razif Redz said...

terbaik info ni .... saya follow kamu


5 January 2012 at 12:35
cimie said...

terbaik info.


11 May 2013 at 12:45

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO