" Dia membahayakan kita " ....

on Sunday 9 September 2012

Pada abad ke-17 muncul seorang saintis muda Turki bernama Ahmet Celebi. Beliau yang digelar Hezarfen (seribu cabang sains) mempunyai seorang rakan bernama Lagari Hasan Celebi, juga seorang ahli sains. Lagari yang amat berhasrat untuk terbang seperti burung telah mencipta sebuah pelancar berbentuk kon. Beliau kemudiannya masuk ke dalam pelancar dan apabila bahan peledak dinyalakan, satu letupan yang membingitkan telinga kedengaran.Lagari tercampak keluar lalu melayang seperti burung, bagaimanapun dia mati di tempat kejadian akibat cedera parah.


Kematian Lagari tidak langsung menakutkan Ahmet, sebaliknya menguatkan lagi cita-cita beliau untuk terbang. Berdasarkan idea saintis Turki pada abad ke-10, Ismail Cevheri serta Leonardo da Vinci yang pernah 'terbang' menggunakan sayap buatan, Ahmet Celebi membuat sayap palsu menggunakan  kain dan logam.

Ramai yang menganggap apa yang dilakukan oleh Ahmet Celebi itu sebagai usaha gila yang sia-sia. Apa gunanya terbang seperti burung untuk agama , ketenteraan dan kesihatan, soal mereka. Tapi Ahmed Celebi pekakkan telinga, terus menyelidik dan mencuba. 

Pada hari yang dijanjikan, Ahmet Celebi memanjat puncak menara Galata, Istanbul. Semasa angin bertiup kencang, beliau melompat dan terus melayang seperti burung lalu menyeberangi Selat Bosphorus ( selat yang membelah Turki kepada dua benua ) hingga ke Uskudar, sebuah penempatan masyarakat Asia di tanah Anatolia.

Menara Galata, tempat Ahmed Celebi melompat dan terbang hingga menyeberangi selat Bosphorus

Kejayaan terbang sejauh 1,5 kilometer itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh warga Istanbul termasuk Sultan Murat IV. Malah sultan sendiri menghulurkan tangan mengucapkan tahniah kepada saintis muda itu. Sultan Murat IV begitu kagum dengan kebijaksanaan dan kretiviti Ahmet Celebi, tetapi ulama-ulama jumud dan pengampu-pengampu yang mengelilinginya mempunyai fikiran berbeza. Mereka melihatnya dari sudut hitam yang penuh syak wasangka. Perancangan jahat mula diatur, usaha menghasut dijalankan secara halus.

Suatu hari Ahmet Celebi dipanggil mengadap ke istana. Selepas menganugerahkan emas kepada saintis itu Sultan Murat IV bertitah "lelaki ini perlu dijauhi, dia akan lakukan apa yang dia mahu. Kehadirannya tidak dialu-alukan! dia membahayakan kita!."


Akibat kebijaksanaannya, Ahmet Celebi dibuang ke Algeria. Setiap hari dia termenung merindui tanah air dan keluarga tercinta yang jauh di seberang laut. Saintis muda itu meninggal dunia beberapa tahun kemudian pada usia 31 tahun dalam keadaan marah, murung dan kecewa.

sekiranya dia tidak dibuang daerah, adakah Wright bersaudara wujud?... Shatmashuri    





Ranking: 5

{ 10 ulasan... read them below or add one }

Unknown said...

wah...menarik2..perlu disebarluaskan cite2 camnie dalam sejarah Islam...:)


9 September 2012 at 22:45
Anonymous said...

ermm wujud ke??


9 September 2012 at 23:41
nadira shahid said...

mungkin. harap2 kejadian yang sama tidak di ulang. :)


9 September 2012 at 23:58
belog lang said...

sejarah Islam dah buktikan kehebatan sebenar...


10 September 2012 at 22:09
✿INA AINAA✿ said...

macam2 benda yg kita tahu... macam2 sejarah yg ena xmengenali... hurmmmm


11 September 2012 at 07:10
Anonymous said...

menarik :)


11 September 2012 at 14:05
Atiqa Wahid said...

Thanxxx share info dear. =)


14 September 2012 at 20:16
Amirol Najmi said...

baguss..!

jemput datang ..!


16 September 2012 at 11:51
krazylenglui said...

sy suka subjek sj berbanding peangajian am, hihhi. sejarah terlalu banyak ceritanya yg terlalu menarik :))


16 September 2012 at 14:23

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO