Hanya kerana pujian

on Wednesday 4 July 2012

Pada awal abad ke-18, ada seorang lelaki yang teringin benar hendak menjadi seorang penulis. Tapi keadaan sentiasa saja tidak menyebelahinya. Belum tamat darjah 4, dia berhenti sekolah. Keluarganya miskin, bapanya pula disumbat ke dalam penjara kerana hutang. Hidup anak muda ini jadi tidak menentu. Tidak makan selama 2 hari sudah jadi perkara biasa baginya.

Dengan pendidikan yang tidak seberapa, dia cuba mencari kerja. Usahanya berhasil, pemuda malang itu akhirnya diterima bekerja sebagai penampal label pada botol di sebuah gudang kecil dipenuhi tikus. Dia tidur dalam bilik kecil yang kusam bersama dua lagi pemuda comot berasal dari kawasan setinggan.

Lelaki ini tekun menulis tetapi dia tidak berapa yakin dengan kebolehannya. Jadi dia menyusup keluar pada lewat malam bagi mengelak orang lain tahu dia menghantar tulisannya itu kepada syarikat penerbitan. Kalau ada orang tahu, terutamanya kawan-kawan rapatnya, habislah... mana dia hendak letakkan muka?... 

Cerita demi cerita dihantar, semuanya ditolak. Akhirnya hari yang yang dinanti-nantikan tiba, anak muda ini menerima sepucuk surat dari sebuah syarikat penerbitan yang bersedia untuk menerbitkan cerita yang ditulisnya. Dia tidak dibayar walau sesen pun, tapi tulisannya dipuji oleh pengarang syarikat penerbitan tersebut. Gembira betul lelaki itu hingga tidak sedar dia menangis sepanjang jalan menuju ke rumahnya.



Penghargaan dan pujian yang diterimanya itu telah mengubah seluruh hidup lelaki berkenaan. Kalaulah dia tidak dipuji dan bakatnya tidak diberikan penghargaan, tentu dia akan menghabiskan seumur hayatnya di gudang kecil penuh tikus. Siapakah orangnya, ya.. dia orangnya, seorang penulis lagenda - Charles Dickens.

Bolehkah aku menjadi seperti dia.... shatmashuri...
Ranking: 5

{ 14 ulasan... read them below or add one }

roziahojijie said...

Org dulu-dulu minat sgt belajar .. Kerana ilmu lah boleh mengubah hidup seseorang ..


4 July 2012 at 17:08
Hafiz Hafizol said...

Charles Dicken firstime dgr nama dia nie


5 July 2012 at 12:43
✿INA AINAA✿ said...

kisah hidupnya menjadi teladan bagi semua orang... berusaha kerja cita2 bukan semata2 untuk duit.. tetapi pujian dan penghargaan dari semua pihak.. itu barulah memuaskan..


5 July 2012 at 22:20
Lady ★ Hanna said...

haha. kalau berjaya kerana ilmu baru la ade kepuasan dalam diri ;)


8 July 2012 at 21:41
Anonymous said...

InshaAllah u can be like him :)


9 July 2012 at 12:47
Afifah Azmi said...

insyaAllah. Usaha tangga kejayaan :)


9 July 2012 at 20:41
nadira shahid said...

jgn cepat mengalah. InsyaAllah.


9 July 2012 at 21:43
Nadiaafarhanaa said...

first time dengar cerita tentang dia :)


30 July 2012 at 13:48
Cikgu Vina said...

assalamualaikum..hai..1st tyme dgr citer pasal laki nie..btw, sy dah follow ur belog


30 July 2012 at 14:13
Anonymous said...

post yang menarik utk dijadikan pengajaran


15 August 2012 at 07:12
Anonymous said...

Semasa kecil dahulu saya suka baca cerita kanak-kanak tulisan beliau yang dialih ke bahasa Melayu.


17 August 2012 at 17:03
CD said...

first time dgr pasal ni.. insyaAllah, u'll be like him :)


23 February 2013 at 21:18
Farid said...

betul juga... kita pon kena bg penghargaan pada diri untuk menjadikan diri lebih baik drpd yang sekarang...


23 February 2013 at 23:56

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO