Cerita tentang sujud dalam solat

on Sunday 1 July 2012

Solat adalah perintah yang disampaikan Allah terus kepada Nabi Muhammad s.a.w berbanding perintah yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Secara umumnya,manusia melakukan sujud dalam dua bentuk iaitu sujud fizikal ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah serta menjauhi larangannya. Dalam hal ini semua ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


Daripada Anas katanya, Rasullullah bersabda yang bermaksud " sempurnakanlah sujudmu! jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)".Apabila kita bersujud fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ketika seseorang mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas dan was-was, terlupa bilangan rakaat dan bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkan.

Kadangkala kita juga sentiasa hendak cepat, hilang kusyuk dengan mata menjeling ke kiri dan kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi persekitaran. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat supaya mereka tidak dapat sujud lebih lama kerana kepenatan. Sepatutnya, ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika.

Ketika bersujud fikiran berada lebih rendah daripada hati

Dari sudut kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini dibuktikan saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli saintis menemui ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Apabila bersujud, darah mengalir ke ruang berkenaan.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Sementara bernafas ketika sujud pula boleh membetulkan kembali buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. Bagi wanita pula bersujud boleh menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah menyusukan bayi dan terhindar dari sakit belakang.

Dari sudur psikologi, sujud membuatkan seseorang hamba berasa rendah diri terhadap Allah dan dapat mengikis sifat sombong, riak dan takbur.

                                                                     shatmashuri


Ranking: 5

{ 7 ulasan... read them below or add one }

Ayu said...

Terima kasih sesangat atas perkongsian ni.Sangat2 berguna.Semoga hati dan fikiran kita lebih dekat dengan Allah, kan?amin...


1 July 2012 at 23:06
Buatbest said...

sudah follow~ hit me back ya..tQ


1 July 2012 at 23:43
✿INA AINAA✿ said...

semua pergerakkan dalam solat ada kebaikkannya.. Allah itu Maha Berkuasa... solat adalah senaman yg terbaik yg dpt menenangkan jiwa... thanks for sharing


2 July 2012 at 09:28
ahmooyym said...

Ahmooyy datang singgah baca entry :)


3 July 2012 at 16:56
AntaraSenyap said...

so, rajin2lah bersujud. tu moral dia.


3 July 2012 at 17:01
Raz said...

ok kena sujud lama sket pasni


29 July 2012 at 13:31
WIPER SILICONE DAN PEWANGI JENIS GANTUNG said...

Selain dari itu solat jugak dapat memelihara dari melakukan kemungkaran


13 February 2014 at 14:52

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO