" Saya biasa membaca Al-Quran selepas solat subuh dan ayah selalu mengawasi saya. Bukan saja mengawasi malah ayah juga bertanya "apa yang kamu lakukan itu Iqbal?, padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji. Saya menjawab "saya sedang membaca Al-Quran ayah". Pertanyaan itu ayah ulangi setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun. Jawapan yang saya berikan juga sama, setiap pagi, selepas subuh selama tiga tahun, bahawa saya sedang mengaji Al-Quran. Suatu hari saya beranikan diri bertanya kepada ayah "mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama , padahal jawapan saya juga sama, lalu ayah menjawab " nak, bacalah Al-Quran itu seolah-olah Al-Quran itu diturunkan langsung untuk dirimu".
Dr. Muhammad Iqbal
Barulah saya faham mengapa setiap subuh ayah akan bertanyakan soalan tersebut. Sejak saat itu, saya sentiasa membayangkan seolah-olah Al-Quran itu diturunkan untuk diri saya. Saya tidak saja membaca, tetapi juga cuba mengerti , bukan saja mengerti tetapi juga memahaminya, tidak setakat memahami, saya cuba mengamalkannya malah cuba untuk menyampaikan kembali isi Al-Quran itu seperti yang saya fahami.
Maka hari ini kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar islam yang bukan saja memahami dan mengamalkan isi Al-Quran, malah berusaha menyampaikan seluas dan sebaik yang boleh.
shatmashuri
{ 15 ulasan... read them below or add one }
Nice entry :D
18 April 2012 at 22:32
ya.bace dan memahaminya, serta mengamalkannya.insyaallah.
18 April 2012 at 23:01
nice !
19 April 2012 at 19:51
Alhamdulillah...
terima kasih atas perkongsian.. :0
19 April 2012 at 20:04
berhikmah... :)
20 April 2012 at 02:11
nice entry..:)
join sini ye...
http://sengetbersamakamu.blogspot.com/2012/04/jom-join-contest.html
20 April 2012 at 12:50
Info yang menarik :)
20 April 2012 at 16:28
nice info..
thank for sharing..sangat berguna..
20 April 2012 at 21:42
Terima kasih atass perkongsian ilmu. :)
20 April 2012 at 23:39
lagi baik jika kita fahami ayat al-Quran yang dibaca...lagi bagus jika kita beramal dengannya...peringatan untuk diri sendiri :)
26 April 2012 at 12:34
Nice share, kak :)
26 April 2012 at 17:59
sungguh menarik =)
27 April 2012 at 15:01
sgt menarik.. sejok bila bc entri.. lapang dada ;)
1 May 2012 at 08:38
menarik..saya juga dalam proses memahami maksud2 setiap ayat dalam al-quran..masih lagi terkedek-kedek, harap2 lepas ni boleh jadi sehebat Iqbal ni :)
Selamat berpuasa...
1 August 2012 at 17:33
nice sharing :)
16 May 2013 at 20:30
Post a Comment