The Boneyard

on Tuesday 20 December 2011

kuber pesawat adalah gelaran yang diberikan oleh masyarakat tempatan kepada pusat penjagaan dan pembangunan semula Aeroangkasa (AMARG) yang menempatkan beribu-ribu bangkai pesawat di kawasan gurun di Tucson,Arizona, Amerika Syarikat.


terletak bertentangan dengan pangkalan udara davis-monthan, ia merupakan tanah perkuburan terbesar di dunia.Bilangan  pesawat di sini kira-kira 4,400 pesawat dan nilainya adalah AS$35 billion (RM108 billion). Secara kebetulan, lapisan cat pelindung pesawat berwarna putih lilin sekaligus melambngkan ketenangan selepas mati bahkan mewujudkan pemandangan yang agak menyeramkan pada waktu malam. Keluasan kawasan ini ini ialah 1,000 hektar atau sama besar dengan 1,430  padang bola sepak.


Pd Februari tahun lalu, imej satelit resolusi tinggi tapak perkuburan itu diedarkan buat pertama kali oleh Google Earth. Ia menunjukkan secara terperinci barisan pesawat yang menghuni kawasan lapang dengan latar gunung-ganang di belakangnya. Dalam tempoh 25 tahun lalu, lebih satu per lima daripada kapal terbang berkenaan kembali terbang, sama seperti pusat kitar semula, beratus-ratus pekerja awam ditugaskan untuk mengasingkan beratus ribu barangan terpakai.
Boneyard juga pernah digunakan sebagai latar belakang filem-filem terkenal Hollywood antararanya adalah Tranformers : Revenge of the Fallen dan Top Gun. Antara pesawat yang ditempatkan disini adalah pesawat pengebom B-52 daripada era perang dingin.Turut dipamirkan adalah berdozen-dozen pesawat pejuang F-14 yang dihentikan perkhidmatannya daripada tentera laut US pada tahun 2006.
 Perkuburan yang amat luar biasa dan jarang ditemui di dunia ini telah menarik ramai pelancong dari seluruh dunia iaitu antara 25,000 hingga 30,000 orang setiap tahun. Di sebatang jalan yang panjang dikenali sebagai Celebrity Row, tersergam sebahagian kapal terbang penting dalam sejarah AS.Kadang-kadang semasa memandu kereta, anda akan lihat seolah-olah C-5 sedang bergerak di landasan, ia memang pemandangan yang mengasyikkan, kata seorang penduduk di situ.
                                                                      
                                                                     shat_mashuri 
Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

afieqmokhtar said...

samerla.cikgu ajarlah sgat pjk tu.yang bola tu memang aq tak reti pun.haha


21 December 2011 at 00:59
shat mashuri said...

ape nie bro.. lu slap komen r.. hahaha


21 December 2011 at 20:03

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO