Lokasi tempat ramalan kiamat 2012 jadi tumpuan

on Sunday 25 December 2011

Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan Tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco. Peningkatan mendadak ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan
.

Lokasi peninggalan Mayan di chiapas, Mexico

Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012. Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya satu kitaran dalam kalendar Mayan.Kebijaksanaan tamadun Mayan menyebabkan sebahagian penduduk mengambil berat tentang ramalan kiamat tersebut.Tamadun Mayan mencapai peringkat kegemilangan dari 300 tahun masihi sehingga 900 tahun masihi, memiliki kemahiran luar biasa dalam bidang astronomi.

batu bersurat mayan yg meramalkan kiamat 2012

kalendar kaum berkenaan bermula pada tahun 3,114 sebelum masihi dan mengambil masa selama 394 tahun untuk untuk membentuk satu kitaran yang dipanggil Baktun. Baktun ke-13 berakhir pada 21 disember 2012. Teori bahawa kiamat berlaku pada tarikh tersebut berpunca daripada sebuah batu bersurat yang dijumpai pada tahun 1960-an di tapak arkeologi Tortuguero, di negara Tabascas, dekat teluk Mexico. Batu bersurat tersebut menceritakan tentang kembalinya dewa mayan pada penghujung Baktun ke -13.

p/s.. kita sebagai org islam tidak digalakkan untuk mempercayai ramalan kaum ini. jadikan Al-Quran sebagai rujukan. 
                                                                      shat_mashuri
Ranking: 5

{ 7 ulasan... read them below or add one }

Unknown said...

batu bersurat mayan tu betul ke ?


25 December 2011 at 22:51
shat mashuri said...

memg btul ada.. tp dorg xcakap kiamat.. just tamat satu kitaran.just 4 info je.. jgn percaya sgt..


25 December 2011 at 22:57
Woofer Storm said...

mengarut betul pasal ni.bnykkan amalan bukan pasal kiamat je dalam fikiran..kan2??

follow sini^^


26 December 2011 at 14:58
obersea's said...

setuju dgn woofer storm. kita tak tahu kiamat tu bila. mungkin tahun dpan atau tahun strusnya. klau nk hadapi kiamat, amalan kita tu yg kna fikirkan.


27 December 2011 at 12:04
::cik asha:: said...

bleh plak diorang nak ramal2 kiamat kan..
ape pon yg penting amalan2 yg kite nak bawak nnty...


28 December 2011 at 23:11

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO