Belajarlah bagaimana untuk hidup...

on Sunday 19 February 2012

Kalau boleh kita ingin berubah menjadi seorang yang positif dalam sekelip mata. Berjimat cermat, senyum pada pagi hari dan berbagai-bagai lagi. Terlalu banyak tip yang kita tahu dan kalau boleh kita mahu lakukan semuanya. Kemudian, kita  mengharapkan kita akan berubah menjadi manusia yang baru, tetapi percayalah, kita akan gagal.


jangan mengamalkan semua tip-tip yang anda ketahui secara serentak

Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam sekelip mata dengan mengamalkan puluhan tip secara serentak bukan satu tindakan yang tepat. Sebaliknya perlu mengambil satu, dua atau tiga tip dahulu dan perkukuhkannya dalam diri selama satu atau tiga tahun. Percayalah, akan sampai masanya nanti tip-tip itu akan menjadi darah daging anda dan anda akan mengamalkannya secara spontan. Sebaik tip itu sudah menjadi sebahagian dari diri anda, cuba amalkan tip yang lain pula, ambil satu atau dua sahaja dan jadikan ia amalan hidup anda. Ulangi dan ulangi lagi kaedah diatas sehingga ia sebati dengan diri kita. Ini lebih baik daripada anda cuba puluhan tip amalan hidup yang positif secara serentak, tapi semuanya gagal. Ahli falsafah Roman, Seneca pernah berkata "selagi engkau masih hidup, teruslah belajar bagaimana untuk hidup".
                                                               
                                                                       shat_mashuri 
Ranking: 5

{ 7 ulasan... read them below or add one }

deliaRa Yushe said...

oe yeah..entry berguna.. tq..


22 February 2012 at 19:06
tirahzairi said...

berpesan itu amat bgs utk semua...nice!


23 February 2012 at 09:30
Ida Roslan said...

terima ksh untuk tips yang bgus ini =)


24 February 2012 at 20:42
sweety_nur said...

nice entry...thanx 4 share


24 February 2012 at 21:29
Wanie Affandi said...

"Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam sekelip mata dengan mengamalkan puluhan tip secara serentak bukan satu tindakan yang tepat. "

suke quote ni!


25 February 2012 at 22:55
Mr.J said...

kadang-kadang untuk hidup ini senang sahaja cuma manusia yang menyusahkannya.. apapun .. kita hidup sekali sahaja..

Salam Kenal...
www.pengerindu.com


21 September 2013 at 17:20

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO