artis dan dadah : apa kesudahannya?..

on Monday 13 February 2012

Senarai mereka terlalu panjang. Baik lelaki mahupun wanita. Kematian mereka pula kemudiannya menjadi perdebatan, perbincangan serta bahan cerita yang amat menarik untuk direnungkan dan diambil ikhtibar  agar tidak menjadi seperti mereka. Walaupun mereka adalah idola untuk orang lain,tetapi hakikatnya mereka telah gagal menjadi idola untuk diri sendiri akibat dari ketagihan dadah. Mari kita mulakan dengan : -


ELVIS PRESLEY

Lebih dikenali sebagai King of Rock n Roll dan dilahirkan pada 8 januari 1935 di Tupelo, Mississippi, Amerika Syarikat. Elvis aktif dalam bidang seni dari tahun 1954 sehingga 1977. Masalah Elvis bermula selepas bercerai dengan isterinya, Priscilla pada 1973. Badannya mula gemuk, jiwa tertekan dan masalah kewangan. Elvis cuba menanganinya dengan memakan pelbagai jenis ubat serta diet yang keterlaluan untuk mendapatkan semula bentuk badan yang menarik. Tetapi, tindakannya itu hanya mengundang maut, apatah lagi dengan gaya hidupnya yang gemar berparti hingga lewat malam. Akhirnya, pada 16 ogos 1977, Elvis ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi rumahnya di Graceland, Memphis dan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.00 pagi.

Autopsi yang dilakukan mendapati Elvis meninggal dunia akibat masalah jantung berpunca dari pengambilan dadah serta ubat-ubatan secara berlebihan, kegemukan dan jantung yang lemah. Terdapat 14 jenis dadah di dalam darah Elvis termasuk methoqualone dan codeine yang 10 kali ganda daripada dos normal, ubat penahan sakit seperti demerol dan ubat tidur.

KURT COBAIN

Penyanyi utama, pemain gitar dan penulis lirik kumpulan Nirvana ini mula mengambil dadah pada 1980 jenis marijuana. Ketika itu dia baru berusia 13 tahun dan terus mengambilnya tanpa henti. Sepanjang hidupnya.Cobain mengalami kesakitan yang teramat sangat di perutnya serta masalah bronkitis yang kronik. Untuk melegakan kesakitan itu, Cobain mengambil heroin. Tiada seorang doktorpun yang berjaya mengesan punca penyakitnya itu. Beberapa orang doktor pula mengatakan ia berlaku kerana Cobain mengalami tekanan perasaan yang teruk semasa membuat persembahan dan kehidupannya semasa kecil. Tekanan itu tidak mampu di tangani oleh Cobain. Selain dadah, Cobain juga berdepan dengan ketagihan alkohol. Pada 8 april 1994, Cobain membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Ketika itu dia baru berusia 27 tahun.

HUGH O'CONNOR

Pelakon drama bersiri In the Heat of the Night ini lahir di Rom, Itali. Ketika berusia 16 tahun, Hugh disahkan mengidap kanser tetapi pulih selepas menjalani kemoterapi dan dua penbedahan. Malangnya, selepas itu, Hugh berdepan dengan ketagihan dadah serta pengambilan ubat-ubatan yang melebihi dos dibenarkan. Antaranya dadah jenis marijuana diambil bagi mengurangkan rasa mual yang sering dialaminya. Hugh pernah beberapa kali mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tetapi gagal.

Pada 28 mac 1995, ketika meraikan ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan Angela Clayton, Hugh memberitahu ayahnya bahawa dia tidak akan hidup lama. Dia tidak boleh melawan ketagihan dadah dan tidak sanggup lagi menghabiskan masa di pusat pemulihan. Beberapa jam kemudian, Hugh, 32 tahun, menembak kepalanya sendiri menggunakan pistol. Hasil bedah siasat mendapati terdapat kokain dalam darahnya.

 MARILYN MONROE

Dilahirkan pada 1 jun 1926 di Los Angeles Californea, Amerika Syarikat, Marilyn Monroe memulakan karearnya sebagai model. Selepas berjaya menjadi model terkenal, dia telah ditawarkan kontrak untuk berlakon filem di Hollywod. Di situlah nama Marilyn Monroe mula meletup. Marilyn meninggal dunia pada 5 ogos 1962 di rumahnya di Brentwood, Los Angeles. Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat 8 miligram kloral-hidrat dan 4.5 peratus miligram nembutal dalam badan beliau. Kematian Marilyn juga didapati berpunca daripada keracunan barbiture kerana mengambilnya secara berlebihan. Marilyn juga seorang kaki botol. Bagaimanapun ada pihak yang mengaitkan kematian Marilyn dengan bunuh diri, mafia serta Presiden Amerika John F. Kennedy.

BRUCE LEE

Dilahirkan pada 27 november 1940, Bruce Lee merupakan seorang pelakon, pengajar seni mempertahankan diri, pengarah filem, penulis lakon layar serta pengasas kepada konsep Jeet Kune Do. Pada pukul 4.00 petang 20 julai 1973, Bruce Lee dan isterinya , Linda memandu kereta ke rumah Lee Betty Ting, seorang pelakon Taiwan. Ketika meneliti skrip dengan Betty, Bruce Lee tiba-tiba mengadu sakit kepala. Betty memberinya ubat penahan sakit dan Equagesic (aspirin). Sekitar 7.30 malam, Bruce Lee pergi ke biliknya untuk berehat dan tidak turun untuk makan malam. Apabila Linda masuk ke bilik, didapati Bruce Lee sudah tidak sedarkan diri. Bruce Lee disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Queen Elizabeth.

Hasil bedah siasat mendapati otak pelakon tersebut telah membengkak antara 1,400 hingga 1,575 gram (paningkatan 13 peratus). Darah Bruce Lee juga didapati mengandungi Equagesic dan dadah cannabis. Bruce Lee meninggal pada usia yang cukup muda iaitu 32 tahun.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah kematian artis yang dikaitkan dengan dadah. Antaranya adalah Eddie Hazel, Steve Clark, Linda Wong serta Michael Jakson. Tapi untuk kali ini, cukuplah sekadar 5 cerita untuk kita jadikan renungan dan teladan. Ujian dan dugaan ditempuhi setiap insan, cuma yang berbeza adalah bagaimana insan tersebut menghadapi dugaan tersebut. Sekali tersilap, seumur hidup menderita. 

                                                                            shat_ mashuri
Ranking: 5

{ 4 ulasan... read them below or add one }

Unknown said...

kenapalah org nak selesaikan masalah dgn dadah???

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/02/kemuncak-karnival-waja-diri-ke-5p.html


13 February 2012 at 01:57
Unknown said...

drug is the solution..dont take drug..aiyo.


13 February 2012 at 13:31
Anonymous said...

dadah? artis? dadah? ermmm never ending story ler gamaknya ^^


13 February 2012 at 17:44
Faiz Saaid said...

hooo bahaya dadah ni, hanya sejarah yang tinggal, memang membunuh


10 May 2013 at 07:14

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers
 
© Shat Mashuri | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO